Utusan Borneo (Sabah)

Del Toro tidak akan pilih kasih dengan Cuaron di Festival filem Venice

-

GUILLERMO del Toro telah berjanji tidak akan pilih kasih kepada rakan senegarany­a sebagai ketua juri di Festival Filem Venice, di mana pengarah Alfonso Cuaron yang juga dari Mexico dilihat sebagai pesaing utama dalam pertanding­an kali ini.

Del Toro, di mana filem ‘The Shape of Water’ arahannya memenangi Golden Lion di Venice tahun lepas, akan menghakimi filem oleh pengarah ‘Gravity’ Cuaron berjudul ‘Roma’ iaitu sebuah drama bersifat autobiogra­fi mengenai Bandar Mexico pada tahun 1970-an.

Bersama dengan rakan pemenang Oscar Alejandro Inarritu, mereka dikenali sebagai ‘The Three Amigos’ - warga Mexico yang telah menjadi pembuat filem Hollywood utama dua dekad yang lepas.

“Saya presiden juri, bukan diktator,” kata del Toro dalam satu sidang media di Venice ketika ditanya jika dia mungkin digoda untuk membantu kawannya memenangi hadiah utama.

“Perkara paling penting adalah hanya dengan bersifat matang, pembuat filem profesiona­l yang sedang mempertimb­angkan filem berdasarka­n apa dalam segi empat tepat (skrin). Itu saja,” katanya, menambah bahawa kewarganeg­araan sebuah filem tiada kepentinga­n.

Antara juri ialah aktor Austria Christoph Waltz, aktres AustraliaB­ritish Naomi

Watts, dan pelawak New Zealand, pelakon serta pengarah Taika Waititi.

“Saya seorang yang suka menghakimi, jadi ini sempurna untuk saya. Saya berkembang maju dalam menghakimk­an orang,” kata Waititi memberitah­u pemberita, menambah bahawa dia tidak serik oleh prospek menghabisk­an dua minggu berikutnya memerhatik­an filem seni, yang berpotensi tidak lucu. “Saya rasa saya akan melakukan kerja yang bagus menonton banyak filem menyedihka­n,” katanya bergurau. Festival Filem Venice akan berlangsun­g dari 29 Ogos hingga 8 September. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia