Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh reman Hasanah dilanjut sehingga hari ini

-

PUTRAJAYA: Tempoh reman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid dilanjutka­n sehari lagi bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Intan Syafinaz Ros’lin melanjutka­n tempoh reman berkenaan sehingga 5 petang hari ini selepas membenarka­n permohonan SPRM.

Hasanah yang ditahan SPRM pada Selasa lepas telah direman selama lima hari bermula Rabu lepas bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding reman itu, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah berkata, SPRM pada mulanya memohon tempoh reman anak guamnya itu dilanjutka­n tujuh hari lagi tetapi majistret hanya membenarka­n dilanjutka­n satu hari sahaja bermula Ahad sehingga 5 petang hari ini (Isnin).

Terdahulu, ketibaan Hasanah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.55 pagi disambut beberapa wanita dipercayai anggota keluargany­a yang memeluk dan menciumnya.

Selain Hasanah, turut direman sebelum ini ialah enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seorang timbalan pengarah bergelar Datuk yang bertugas di MEIO atau Jabatan Penyelidik­an di Jabatan Perdana Menteri.

Ketujuh-tujuh mereka yang direman lima hari dari Selasa dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM. Sehingga kini sembilan orang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Penahanan terakhir ialah seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun berstatus penduduk tetap United Kingdom yang ditahan di Kelantan Rabu lepas. Ahli pernigaan berkenaan kini direman tujuh hari mulai Khamis lepas.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki Azam dilaporkan berkata SPRM percaya wang milik kerajaan berjumlah AS$12 juta telah diseleweng­kan pihak tertentu.- Bernama

 ??  ?? TEMPOH reman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) dilanjutka­n sehari lagi sehingga 5 petang hari ini (Isnin) oleh Majistret Intan Syafinaz RosÕlin bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Ahad. -Gambar Bernama
TEMPOH reman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) dilanjutka­n sehari lagi sehingga 5 petang hari ini (Isnin) oleh Majistret Intan Syafinaz RosÕlin bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia