Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpas sindiket dadah, syabu RM54 juta dirampas

-

GEORGE TOWN:Polis menumpaska­n sindiket penyeludup­an dan pengedaran dadah dengan penahanan seorang lelaki dan merampas syabu bernilai RM54 juta dalam serbuan di Pulau Pinang, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, bertindak hasil risikan, pasukan JSJN Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di hadapan sebuah rumah kedai di Bayan Lepas pada pukul 3 petang hari berkenaan.

“Susulan penahanan lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah itu, polis menyerbu sebuah gudang di Jelutong dan merampas 1,066 kilogram (kg) syabu bernilai RM54 juta.

“Sebahagian dadah itu yang dibungkus dalam plastik teh Cina berada di dalam sebuah lori satu tan manakala selebihnya disimpan dalam premis perniagaan yang dijadikan gudang berkenaan,” katanya di sini, pada Ahad.

Katanya berdasarka­n siasatan, dadah itu dibawa masuk ke negara ini sejak dua minggu lepas dari negara jiran dan Pulau Pinang dijadikan tempat transit sebelum dihantar ke negara jiran lain untuk pasaran di negara berkenaan.

Mohmad berkata sindiket itu didapati menjalanka­n kegiatan penyeludup­an dan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan mereka menjadikan premis-premis perniagaan sebagai tempat menyimpan bekalan dadah yang dibawa masuk dari negara jiran.

“Pulau Pinang sebagai hab transit kepada sindiket dadah dengan mengambil kira kedudukann­ya yang strategik di samping jalan darat dan laut yang agak ‘complicate­d’ dan mudah untuk mereka melakukan kegiatan tersebut,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia