Utusan Borneo (Sabah)

Bertanding untuk angkat Anwar sebagai PM: Rafizi

-

IPOH:Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan keputusann­ya bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bukan bersifat menjaga kepentinga­n peribadi sebaliknya bagi memastikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.

Beliau mengakui ada pihak berasa tidak selesa dan memperleke­hkan tindakan yang dilakukann­ya khususnya berhubung perkara tersebut.

“Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengecam dan menyatakan bahawa Anwar terlalugop­oh,tamakdanti­dak perlu untuk merebut jawatan itu kerana masanya sudah berlalu dan sebagainya.

“Kita kena terima hakikat kalau parti tak sedia dan tidak sederap sama, memang ada pihak yang tidak selesa beliau menjadi Perdana Menteri yang kelapan,” katanya ketika berucap pada Program Debat Reformasi 20 Tahun di sini, pada Sabtu malam.

Program berkenaan turut dihadiri sebahagian pimpinan Reformasi 20 Tahun dan 500 penyokong PKR daripada pelbagai cabang seluruh negeri.

Selain itu, Rafizi berkata tindakanny­a bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR juga bertujuan mengekang perbalahan dan perpecahan yang berlaku dalam parti sejak Anwar dipenjarak­an pada 2015.

“Ada perbezaan pendapat besar yang berlaku dalam PKR...ada yang merasainya, yang di bawah (anggota parti) ada kata PKR pecah, bergaduh berebut kuasa. Ini semua adalah lanjutan dari perbezaan pendapat seawal 2015 apabila Anwar dimasukkan ke penjara sebenarnya,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Rafizi berkata wujud dua kem dalam PKR membabitka­n pihaknya dan kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata visi yang dibawa kumpulanny­a menjurus ke arah reformasi secara total manakala di pihak Mohamed Azmin, penumpuan mereka sebelum ini lebih terarah kepada mengekalka­n kuasa politik di Selangor.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia