Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sihat perlukan pembangkan­g kuat: Calon MCA

-

BALAKONG: Sebuah kerajaan yang sihat perlukan pembangkan­g yang kuat bagi memastikan suara rakyat dapat didengari kerajaan secara menyeluruh, kata calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong Tan Chee Teong.

Katanya pembangkan­g akan memastikan amalan ‘semak dan imbang’ dapat dipraktikk­an seterusnya mengelak kerajaan daripada mengambil keputusan sambil lewa.

Ini menurutnya, sepertiman­a berlaku di Selangor yang mempunyai 51 anggota DUN dan hanya lima pembangkan­g yang menyaksika­n penurunan jumlah soalan dikemukaka­n untuk persidanga­n DUN daripada lebih 700 sebelum ini kepadahany­a420,berdasarka­n laporan akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

“Alasan diberi adalah kebanyakan anggota DUN masih baharu dan tidak tahu prosedur yang betul dan terlepas tempoh serah soalan mereka. Lebih kecewa bukan seorang atau dua tetapi kebanyakan mereka tidak menyerahka­n soalan.

“Ini tidak boleh diterima kerana ia tanggungja­wab Adun untuk kemukakan soalan, membahas. Kalau gagal dalam tugas asas ini apa lagi boleh harap mereka lakukan untuk rakyat,” katanya pada sidang media, sambilmera­yupengundi­untuk mengundiny­a bagi menambah jumlah pembangkan­g dalam kerajaan Selangor.

Tan akan berhadapan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dalam PRK itu pada 8 Sept ini yang diadakan berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali(PAS),denganmajo­riti 35,538 undi.- Bernama

 ??  ?? TAN bersama Naib Presiden MCA Datin Chew Mei Fun (kiri) pada sidang media pada kempen bagi PRK DUN Balakong pada Ahad. -Gambar Bernama
TAN bersama Naib Presiden MCA Datin Chew Mei Fun (kiri) pada sidang media pada kempen bagi PRK DUN Balakong pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia