Utusan Borneo (Sabah)

Misi hak asasi PBB tinggalkan Nicaragua

Diarah keluar oleh kerajaan yang dikritikny­a sebagai respons penindasan protes antirejim

-

MANAGUA: Misi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meninggalk­an Nicaragua kelmarin selepas diarahkank­eluarolehs­ebuah kerajaan yang dikritikny­a sebagaimem­berikanres­pons penindasan terhadap protes antirejim.

Kerajaan Presiden Daniel Ortega pada Jumaat lepas telah mengarahka­n pengusiran misi tersebut dua hari selepas ia menyiarkan satu laporan mengkritik “suasana ketakutan” di negara Amerika tengah, di mana kumpulan hak asasi menyatakan ketegangan selama beberapa bulan telah menyebabka­n lebih dari 300 terkorban.

Misi empat anggota di Pejabat Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi (OACNUDH), diketuai oleh Guillermo Fernandez, telah pergi ke Panama selepas Managua mengarahka­n pemergiann­ya.

“Pihak @OACNUDH berterima kasih terhadap sokongan yang diterima berhubung dengan tugas yang dijalankan di Nicaragua,” tulis misi tersebut di dalam Twitter.

“Kami akan terus mengawasi situasi dan menemani mangsa dalam pencarian mereka untuk keadilan dan kebenaran dari Pejabat Wilayah di Panama,” jelasnya.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengecam pencabulan serius yang meluas di Nicaragua, termasuk penggunaan kekerasan tidak sepatutnya oleh pihak polis, dalam beberapa kes membawa kepada pembunuhan luar kehakiman, kehilangan secara paksaan, pengurunga­n secara disengajak­an dan seksaan.

Ortega, seorang bekas ketua gerila yang telah memegang kuasa sejak 11 tahun lepas, menolak dakwaan tersebut dan menyatakan PBB sebagai “satu alat bagi polisi-polisi untuk keganasan, penipuan dan perbuatan kejam.” — AFP

 ??  ?? PENYOKONG prokerajaa­n mengambil bahagian dalam perarakan untuk menyokong Presiden Daniel Ortega di Managua, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters
PENYOKONG prokerajaa­n mengambil bahagian dalam perarakan untuk menyokong Presiden Daniel Ortega di Managua, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia