Utusan Borneo (Sabah)

Wanita mengandung, anak maut terkena tembakan di Idlib: Pemerhati

-

BEIRUT: Seorang wanita mengandung dan anak perempuann­ya telah terkorban kelmarin akibat tembakan artileri rejim di wilayah Idlib di Syria, menurut sebuah badan pemerhati, ketika Damsyik menyediaka­n satu serangan terhadap pangkalan utama pemberonta­k yang terakhir.

Pasukan tentera Presiden Bashar al-Assad telah berkumpul di sepanjang sempadan Idlib selama beberapa minggu dan menyerang wilayah yang ditawan oleh pemberonta­k hampir setiap hari, menurut kepada Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain.

Kelmarin berhampira­n bandar Jisr al-Shughur, “seorang wanita mengandung dan anak perempuann­ya telah terbunuh dalam serangan rejim ini”, menurut pihak Observator­y, melaporkan serangan artileri yang sama di kawasan lain yang ditawan oleh pemberonta­k.

Beberapa pakar menyatakan Jisr al-Shughur akan menjadi satu sasaran utama sekiranya kerajaan dan sekutunya Rusia bertindak untuk melancarka­n satu serangan ke atas wilayah itu.

Idlib adalah berdekatan dengan wilayah Latakia, kawasan pantai kediaman bagi puak minoriti Alawita pimpinan Assad dan kawasan bagi lapangan terbang tentera Rusia di Hmeimim.

Sejak beberapa hari, Damsyik dan Moscow telah memperting­katkan amaran bagi serangan yang pasti berlaku di wilayah, yang berkongsik­an satu sempadan dengan Turki dan didominasi oleh Hayat Tahrir al-Sham, satu pakatan jihad diketuai oleh bekas cawangan bagi Al-Qaeda di Syria.

Pasukan tentera Turki turut ditempatka­n di Idlib dan penyokong pemberonta­k Ankara bimbang satu serangan ke atas wilayah mungkin menimbulka­n satu kemasukan baharu bagi pelarian.

Lebih dari 350,000 telah terkorban dan beberapa orang kehilangan tempat tinggal sejak peperangan Syria bermula pada tahun 2011 dengan penindasan kejam terhadap bantahan antikeraja­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia