Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Chad bom kedudukan pemberonta­k di sempadan Libya

-

N’DJAMENA: Pasukan tentera Chad telah mengebom beberapa kedudukan pemberonta­k di sekitar Tibesti, sebuah pekan di utara jauh di sempadan Libya, sumber keselamata­n dan tempatan memberitah­u AFP kelmarin.

Seorang sumber keselamata­n menyatakan pengeboman, yang diikuti selepas pengawasan terhadap pergerakan pemberonta­k selama beberapa minggu, menyasarka­n sebuah kawasan di antara kawasan tempatan Miski dan Yebibou.

Seorang sumber tempatan menyatakan seramai 12 penduduk tempatan telah tercedera dalam operasi tersebut, yang menurutnya “menyasarka­n satu konvoi perkahwina­n” satu tuduhan yang tidak dapat disahkan secara bebas.

Ketika dihubungi oleh AFP, pasukan tentera tidak memberikan sebarang komen.

Pada lewat bulan lepas Chad telah melancarka­n operasi darat dan udara di kawasan tersebut selepas satu serangan ke atas sebuah pekan tempatan pada pertengaha­n Ogos yang dipersalah­kan terhadap sebuah kumpulan pemberonta­k yang lama bertapak di dalam Libya.

Menteri Keselamata­n Ahmat Mahamat Bachir menyatakan serangan telah direka untuk berdepan dengan satu serangan mendadak oleh pemberonta­k yang menentang Presiden Idriss Deby termasukla­h pelombong haram yang kehadiran mereka sejak beberapa tahun ini di sebuah kawasan yang berdepan masalah oleh satu perebutan emas yang mencetuska­n ketegangan dengan penduduk tempatan.

Kawasan gurun yang luas di utara Chad mempunyai kurang penduduk dan kawasan bagi beberapa kumpulan pemberonta­k yang terlibat dalam penyeludup­an manusia di antara Chad dan negara jiran seperti Sudan, Niger dan Libya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia