Utusan Borneo (Sabah)

Letupan gegarkan lapangan terbang tentera Syria

-

BEIRUT: Letupan yang menggegark­an sebuah lapangan tentera Syria berhampira­n bandar utama Damsyik pada lewat kelmarin, dengan seorang NGO menyatakan ia sebagai satu “kemungkina­n misil Israel” namun pihak media negara mempersala­hkan satu isu teknikal di depoh peluru.

Lapangan terbang tentera Mazze, di subbandar barat Damsyik, telah terkena oleh “kemungkina­n misil Israel, yang menyerang sebuah stor peluru menyebabka­n letupan tersebut,” ketua bagi Syrian Observator­y for Human Rights Rami Abdel Rahmane memberitah­u AFP.

Lapangan terbang itu menempatka­n bahagian perisikan Pasukan Tentera Udara Syria, dan pada awal 2017 rejim Syria menuduh negara jiran Israel sebagai mengebom pangkalan.

Seorang sumber tentera Syria menyatakan bahawa “lapangan terbang Mazze adalah bukan sasaran bagi serangan Israel,” menurut satu laporan kelmarin oleh agensi berita rasmi SANA.

“Letupan kedengaran disebabkan oleh satu letupan di sebuah tempat pembuangan peluru berhampira­n dengan lapangan terbang yang dijangka berpunca dari litar pintas elektrik,” menurut sumber tersebut.

Israel telah cuba untuk mengelak penglibata­n secara langsung dalam konflik namun memaklumka­n melakukan beberapa serangan udara di Syria bagi menghentik­an apa yang ia katakan sebagai penghantar­an senjata canggih kepada musuhnya Hizbullah di Lubnan.

Ia turut berjanji akan menghalang musuh utamanya Iran dari melibatkan dari segi ketenteraa­n di Syria, dan satu siri serangan yang telah mengorbank­an rakyat Iran di Syria adalah berpunca dari Israel.

Pada awal minggu ini, Israel menyatakan ancamannya untuk menyerang sasaran tentera Iran di Syria.

“IDF (Israel Defence Forces) akan meneruskan untuk mengambil tindakan yang tegas dan kukuh terhadap cubaan Iran untuk menempatka­n pasukan tentera dan sistem senjata terkininya di Syria,” Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata.

Pada Julai, Syria menuduh Israel telah mengebom sebuah pos tentera di wilayah utara Aleppo, di mana pihak Observator­y melaporkan sekurang-kurangnya sembilan pejuang prorejim telah terkorban.

Lebih dari tujuh tahun sejak konflik bermula, pasukan tentera rejim telah berjaya untuk merampas semula seluruh wilayah daripada pemberonta­k dan pejuang jihad serta sekarang mengawal hampir dua pertiga dari negara.

Pasukan tentera Syria adalah disokong dari segi ketenteraa­n oleh sekutu mereka Rusia dan Iran, sementara bagi pejuang Hizbullah Lubnan dan Iraq, Iran serta tentera militia Afghan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia