Utusan Borneo (Sabah)

KKM saran hospital swasta wujudkan klinik bergerak

-

KUALA SELANGOR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menyaranka­n hospital swasta di negara ini mewujudkan klinik bergerak di kawasan luar bandar bagi menawarkan perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan secara percuma kepada masyarakat.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata klinik bergerak itu boleh dilaksanak­an menerusi program tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) hospital berkenaan.

“Menerusi klinik bergerak inilah mereka boleh mencurahka­n khidmat bakti mereka kepada masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar atau kampung.

“Perkhidmat­an ini juga sebagai usaha menangani masalah kesesakan di klinikklin­ik kesihatan sedia ada selain membantu masyarakat mendapat rawatan kesihatan di peringkat awal tanpa ke klinik yang agak jauh dari penempatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Bergerak Sutera di sini yang dikendalik­an oleh Yayasan Avisena iaitu yayasan milik Avisena Specialist Hospital.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Avisena Datuk Ibrahim Md Yusof.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata usaha mewujudkan klinik bergerak itu dilihat mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melakukan pemeriksaa­n kesihatan supaya dapat mengesan penyakit lebih awal.

“Seperti penyakit kencing manis, sekiranya pesakit mengetahui mereka mempunyai penyakit ini lebih awal pasti mereka akan lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan mereka.

“Sebab itu kita galakkan supaya adanya klinik sebegini… kita mahu hospital swasta lain mencontohi usaha yang dilakukan Avisena Specialist Hospital ini,“katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata Klinik Bergerak Sutera dilengkapi pelbagai kemudahan asas perubatan selain rawatan kesihatan diselia oleh doktor dan jururawat.

Beliau berkata rawatan yang diberikan merangkumi perkhidmat­an rawatan kesihatan umum yang diperlukan masyarakat di luar bandar.

“Antara perkhidmat­an yang ditawarkan ialah rawatan pesakit luar seperti demam, batuk dan selsema, pemantauan asas penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti darah tinggi, diabetis dan asma serta prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka.

“Klinik bergerak ini menyediaka­n perkhidmat­an di sembilan lokasi di Selangor di mana lawatan akan dibuat setiap minggu ke satu kampung mengikut giliran, membabitka­n waktu operasi pada hari Ahad bermula 10 pagi hingga 3 petang,” katanya.

Antara lokasi klinik tersebut ialah Kampung Rinching Hulu, Beranang; Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang; Kuala Pangsun, Hulu Langat; dan Labohan Dagang, Banting.Bernama

 ??  ?? MENTERI Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) melawat Klinik Bergerak Sutera Yayasan Avisena selepas melancarka­nnya di Kampung Jaya Setia Bestari Jaya pada Ahad.
MENTERI Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) melawat Klinik Bergerak Sutera Yayasan Avisena selepas melancarka­nnya di Kampung Jaya Setia Bestari Jaya pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia