Utusan Borneo (Sabah)

KRT kekal bawah pentadbira­n k’jaan PH

-

SHAH ALAM: Program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan terus dilaksanak­an di bawah pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana telah terbukti berkesan dalam menjaga keselamata­n di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Menteri Wilayah, Khalid A b d u l Sama d berkata walaupun pemerintah­an kerajaan pusat telah bertukar, bukan semua program yang dilaksanak­an oleh kerajaan terdahulu akan dibatalkan.

“Perkara yang ok dan baik dalam pentadbira­n yang lama akan kami kekalkan dan ditambah baik agar matlamat seperti mana ia ditubuhkan akan tercapai dengan lebih berkesan.

“Anggota KRT seluruh negara jangan rasa selepas diambil alih kerajaan baharu akan mansuh semua ini, selagi mana ia satu jentera dan wadah yang mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama tanpa mengambil kira politik kepartian masing-masing, ia akan mendapat sokongan padu daripada kerajaan PH,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan KRT Rumah Teres Fasa 1, Seksyen 9 di sini. hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Baharin Idris.

Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata beliau akan membantu mana-mana KRT di kawasan Parlimen berkenaan yang memerlukan bantuan.

“Dulu kita (Parlimen Shah Alam) tidak mendapat peruntukan tapi sekarang kita sebagai ahli Parlimen sudah mendapat peruntukan, saya akan buat sumbangan kepada semua KRT di kawasan saya sebagai galakan untuk mereka bergerak lebih aktif,” katanya.

Sementara itu Pengerusi KRT Rumah Teres Fasa 1, Seksyen 9, A z n u l A f f e n di H asa n Basri berkata idea penubuhan KRT berkenaan timbul selepas pelbagai kejadian jenayah berlaku di kawasan perumahan tersebut.

“Sebelum adanya KRT ini macam-macam jenayah jadi di sini, pecah rumah, curi kereta dan pecah kereta, hampir setiap bulan mesti ada satu kejadian jenayah berlaku.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia