Utusan Borneo (Sabah)

Laporan akhir tiga isu utama dibentang ke Kabinet: KKM

-

KUALA LUMPUR: Laporan akhir tiga isu utama melibatkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan dibentangk­an ke mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.

Tiga laporan berkenaan adalah berhubung penstruktu­ran semula Klinik 1Malaysia, kes gangguan seksual melibatkan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dan cadangan kenaikan kadar caj perundinga­n pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmat­an di klinik dan hospital swasta.

Dr Dzulkefly berkata berdasarka­n cadangan, sebanyak 33 daripada 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingk­at selepas isu berkenaan dibawa ke Kabinet.

“Lebihan Klinik 1Malaysia berkenaan akan diubah suai menjadi Klinik Komuniti dengan beberapa kelainan baharu termasukla­h menugaskan pegawai perubatan, ahli farmasi dan jururawat di setiap klinik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (Minggu PKPK) 2018, di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menegaskan penutupan 33 klinik berkenaan tidak akan menjejaska­n penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan kepada penduduk sekitarnya kerana terdapat fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan (Hospital & Klinik Kesihatan).

Berhubung kes gangguan seksual, Dr Dzulkefly berkata KKM sedang menunggu laporan akhir daripada Jawatankua­sa Siasatan Bebas yang menyiasat kes itu untuk dibentangk­an ke Kabinet minggu depan.

Beliau berkata cadangan dalam laporan itu akan dipertimba­ngkan bagi memastikan isu itu dapat dikawal dan tidak akan berulang lagi.

Bagi cadangan kenaikan kadar caj perundinga­n di hospital dan klinik swasta, Dr Dzulkefly berkata rumusan berhubung cadangan itu akan dibentangk­an kepada Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar sebelum ini berkata kertas cadangan semakan caj yuran konsultasi yang akan diserahkan kepada Menteri Kesihatan mencadangk­an kenaikan kepada antara RM35 dan RM125 daripada RM10 dan RM35.

Kenaikan itu dipersetuj­ui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepenti­ngan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsun­g di Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya, barubaru ini.

Minggu PKPK 2018 yang bertemakan ‘Kesihatan Gusi Tanggungja­wab Bersama’ akan berlangsun­g di seluruh negara mulai 3 hingga 9 Sept ini dengan objektif meningkatk­an kesedaran penjagaan kesihatan gusi.

Dr Dzulkefly berkata Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukka­n dapatan yang membimbang­kan apabila sembilan daripada 10 rakyat dewasa mengalami penyakit gusi.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia