Utusan Borneo (Sabah)

Kontinjen M’sia capai prestasi terbaik

Raih tujuh pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa pada Asiad 2018: Abdul Azim

-

“Dua pelayar kita turut berjaya melayakkan diri lebih awal ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu Khairulniz­am Mohd Afendy (Laser Standard) dan Nur Shazrin Mohamad Latif (Laser Radial).

JAKARTA: Kontinjen Malaysia mencapai sasaran terbaik pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 apabila mengutip tujuh pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa pada edisi ke-18 temasya sukan berkenaan yang akan melabuhkan tirainya di Stadium Utama Gelora Bung Karno, di sini, malam Ahad.

Ketua kontinjen negara ke Sukan

Asia

2018,

Datuk

Seri

Abdul

Azim

Mohd

Zabidi berkata, ke- jayaan berkenaan mengatasi pencapaian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan apabila Malaysia hanya berjaya meraih lima mas, 14 perak dan 14 gangsa.

“Kita membahagik­an kejayaan kontinjen kita kepada tiga bahagian iaitu prestasi cemerlang, memuaskan dan gagal,” katanya pada sidang media berhubung pencapaian atlet Malaysia pada Asiad 2018 di sini, pada Ahad. Sukan yang mencapai taraf cemerlang, kata Abdul Azim, adalah tenpin boling (dua emas dan dua perak), berbasikal trek (satu emas, satu perak dan satu gangsa), skuasy (dua emas, satu perak dan dua gangsa), pelayaran (satu emas dan satu perak serta tiga gangsa) dan sepak takraw (satu Ketua kontinjen negara emas dan satu perak).

Sukan yang mencapai taraf memuaskan adalah terjun (satu perak dan tiga gangsa), hoki lelaki (satu perak), ekuestrian (satu perak), taekwondo (satu gangsa), memanah (satu gangsa), bola sepak lelaki (mara ke pusingan kedua), bola keranjang 3x3 wanita (mara ke suku akhir), ragbi tujuh sebelah (tempat kelima), paraglidin­g (kelompok lima pasukan terbaik) dan hoki wanita (tempat kelima).

Beliau menyifatka­n sukan yang gagal pada kali ini adalah pencak silat, karate, wushu, menembak, renang, renang artistik, olahraga, lawan pedang, golf, judo, sambo, tinju, bridge, gimnastik artistik dan berirama, bola baling, jet ski, kabaddi, ping pong, badminton, kenu/kayak, sukan kasut beroda, mendayung, sukan mendaki, triathlon dan bola tampar pantai.

Abdul Azim turut memuji dua atlet di bawah kategori B (perbelanja­an ditanggung persatuan sukan) yang meraih pingat perak dan gangsa iaitu atlet ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil dan pesilat negara, Mohamad Hazim Amzad, sambil memaklumka­n enam rekod kebangsaan berjaya diperbahar­ui pada kali ini iaitu berbasikal trek (satu rekod), memanah (dua rekod) serta renang yang mencatat tiga rekod baharu.

“Dua pelayar kita turut berjaya melayakkan diri lebih awal ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu Khairulniz­am Mohd Afendy (Laser Standard) dan Nur Shazrin Mohamad Latif (Laser Radial),” jelasnya yang turut gembira kerana tiada atlet negara yang terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada kali ini. -Bernama

DATUK SERI ABDUL AZIM MOHD ZABIDI

 ??  ?? ABDUL AZIM
ABDUL AZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia