Utusan Borneo (Sabah)

Ed Sheeran teringin untuk berkolabor­asi dengan Drake

-

PENYANYI yang popular dengan lagu ‘Perfect’, Ed Sheeran berkata dia sangat teringin untuk berkolabor­asi dengan “ramai orang” termasuk Drake.

“Saya rasa seperti pada satu masa, saya dan Drake perlu membuat sesuatu, saya rasa seperti ia perlu berlaku pada satu masa,” katanya dalam satu temubual bersama Entertainm­ent Weekly.

Sheeran juga menyebut bahawa dia mendapat inspirasi daripada penyanyi rap itu untuk album susulan akan datang selepas album ‘÷’.

“Saya seperti belajar dengan melihat bagaimana Drake melakukann­ya,” kata penyanyi itu.

“Drake mengeluark­an album-album ini yang sangat besar tetapi di antara album-album ini dia turut terlibat dengan projek dan bagaimanap­un besar projek itu, ia tidak benar-benar menjadi hal kerana ia bukan album, jika itu masuk akal. Ia hanya menjernihk­an suasana untuk album berikutnya.”

Sementara itu, dengan satu tahun lagi untuk meneruskan jelajah dunianya, sebuah dokumentar­i akan keluar, dan muzik baru untuk diusahakan, Sheeran menyatakan dalam satu temuramah video dengan BBC bahawa dia merancang untuk berehat selepas menyelesai­kan jelajah dunianya pada September 2019 dan mengusahak­an perkara lain.

Sheeran malah berkata dia teringin untuk menjadi sebahagian daripada muzikal seperti ‘The Lion King’, ‘Hamilton’, atau ‘Once’.

Dalam perkembang­an lain, Sheeran akan berlakon sebagai dirinya sendiri dalam filem Danny Boyle seterusnya, peranan penting pertama dia di layar

besar. ditulis oleh Richard Curtis, bekas bintang EastEnders Himesh Patel bermain sebagai seorang penyanyi penulis lagu yang bangun pada satu hari sebagai satu-satunya orang di dunia yang mengingati The Beatles.

“Dan kemudian saya menemui dia dan membawanya melakukan jelajah. Kemudian dia semakin dikenali, lebih besar daripada saya . Ya, ia sangat pandai,” Sheeran kata dalam satu temubual baru-baru ini.

 ??  ??
 ??  ?? Dalam filem yang
Dalam filem yang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia