Utusan Borneo (Sabah)

TPM hargai kesabaran rakyat beri masa kerajaan selesaikan masalah

Tunggu kerajaan baharu tangani masalah negara

-

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Aziz a h Wan Ismail pada Ahad berterima kasih kepada rakyat kerana bersabar dengan kerajaan baharu yang sedang berusaha menangani masalah negara yang wujud sejak pentadbira­n terdahulu.

Beliau mengakui masalah terbabit sukar diselesaik­an dalam tempoh yang singkat.

“Saya kira ada caranya (untuk menangani masalah)...60 tahun (sejak pentadbira­n kerajaan terdahulu) itu sukar untuk ditangani masalah secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Sabah di sini.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang sebelum itu ditanya mengenai pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berkuat kuasa Sabtu, berkata penguatkua­saan SST itu perlu sebagai kaedah kerajaan mengutip dana untuk memajukan negara.

Apabila Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dilaksanak­an di semua peringkat oleh kerajaan terdahulu dimansuhka­n, kerajaan perlukan sistem percukaian baharu untuk mengutip dana, katanya.

Malah kata Dr Wan Azizah, dana yang bakal dikumpulka­n menerusi SST adalah jauh lebih rendah berbanding kutipan GST namun kerajaan tidak mahu terus membebani rakyat dengan cukai yang tinggi.

Pada masa sama, beliau mahu rakyat memanfaatk­an talian ‘hotline’ kementeria­n berkaitan untuk menyemak serta membuat aduan berhubung salah guna SST.

Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, meminta anggota PKR Sabah memberi sokongan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telahpun memenangi jawatan presiden parti tanpa bertanding ketika pencalonan baru-baru ini.

Pemilihan PKR dijadualka­n selama sebulan bermula 14 Sept ini hingga 13 Okt. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? WAN Azizah (tengah) diiringi Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew (kanan) pada perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Cabang PKR Sabah 2018 pada Ahad.
-Gambar Bernama WAN Azizah (tengah) diiringi Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew (kanan) pada perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Cabang PKR Sabah 2018 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia