Utusan Borneo (Sabah)

Diarah keluar oleh k’jaan, misi hak asasi PBB tinggalkan Nicaragua

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Ketua PBB Antonio Guterres kelmarin telah menyeru bagi satu penamat kepada keganasan di Libya sejajar dengan satu perjanjian gencatan senjata yang diuruskan oleh PBB.

Menurut satu angka dari Kementeria­n Kesihatan sekurang-kurangnya 39 orang telah terkorban dan kira-kira 100 tercedera dalam beberapa pertempura­n selama lima hari di antara pihak militia yang bermusuhan, yang berlaku pada Isnin lepas di subbandar selatan Tripoli.

“Setiausaha Agung mengecam serangan keganasan yang berterusan di dalam dan sekitar bandar utama Libya dan terutamany­a, penggunaan oleh kumpulan bersenjata bagi bedilan secara rambang membawa kepada kematian dan kecederaan orang awam, termasuk kanak-kanak,” menurut satu kenyataan dari pejabat Guterres.

“Setiausaha Agung menyeru kepada semua pihak agar segera menggencat pertempura­n dan patuh kepada perjanjian gencatan senjata yang diusulkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankua­sa Perpaduan.”

Dalam satu kenyataan bersama Britain, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat telah menyatakan mereka “memberikan amaran kepada pihak yang mengganggu keselamata­n di Tripoli atau tempat lain di Libya bahawa mereka akan dianggap bertanggun­gjawab bagi mana-mana tindakan tersebut.”

Bandar utama Libya telah menjadi tumpuan bagi satu pertempura­n untuk pengaruh di antara beberapa kumpulan bersenjata sejak kejatuhan diktator Muammar Ghaddafi pada 2011. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ORANG Libya berkumpul di tempat di mana sebuah peluru mortar mendarat di sebuah pasar di ibu negara Tripoli baru-baru ini. Sekurang-kurangnya 39 orang telah terkorban dan kira-kira 100 tercedera dalam beberapa pertempura­n selama lima hari di antara pihak militia yang bermusuhan berhampira­n ibu negara Libya, menurut kementeria­n kesihatan. — Gambar AFP
ORANG Libya berkumpul di tempat di mana sebuah peluru mortar mendarat di sebuah pasar di ibu negara Tripoli baru-baru ini. Sekurang-kurangnya 39 orang telah terkorban dan kira-kira 100 tercedera dalam beberapa pertempura­n selama lima hari di antara pihak militia yang bermusuhan berhampira­n ibu negara Libya, menurut kementeria­n kesihatan. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia