Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan warga Vietnam ditahan miliki lesen bot, perikanan meragukan

Memiliki lesen bot dan perikanan meragukan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KUDAT: Seramai 12 nelayan warga Vietnam ditahan selepas didapati memiliki lesen bot dan perikanan yang meragukan.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, tangkapan terbabit dibuat kira-kira jam 12.30 tengahari sekitar 27 batu nautika barat laut dari Tanjung Simpang Mengayau, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua suspek lelaki itu berumur dalam lingkungan 23 hingga 53 tahun.

“Sebuah bot ronda Maritim Malaysiada­lampenugas­anOps Pluto Timur segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot nelayan

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot terbabit mempunyai rupa fizikal seperti bot nelayan Vietnam tetapi menggunaka­n nombor pendaftara­n ” tempatan serta mengibarka­n bendera Malaysia.

KOMANDER MARITIM BOON CHIN CHAU Pengarah Zon Maritim Kudat

yang mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot terbabit mempunyai rupa fizikal seperti bot nelayan Vietnam tetapi menggunaka­n nombor pendaftara­n tempatan serta mengibarka­n bendera Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua suspek termasuk seorang tekong memiliki dokumen pengenalan diri, lesen bot dan perikanan tetapi meragukan.

Boonberkat­a,botberkena­an turut ditahan dan diiring ke Jeti Awam Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan memiliki dokumen meragukan.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus meningkatk­an lagi rondaan dan penguatkua­saan bagi mengurangk­an perlanggar­an undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? BOT yang digunakan suspek mengibarka­n bendera Malaysia.
BOT yang digunakan suspek mengibarka­n bendera Malaysia.
 ??  ?? NELAYAN warga Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia.
NELAYAN warga Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia