Utusan Borneo (Sabah)

Ugut potong, bakar kemaluan kanak-kanak, dua guru tahfiz ditahan

- - Bernama

KUANTAN::Tindakan seorang guru tahfiz wanita mencucuh api dan mengugut untuk memotong kemaluan seorang kanak-kanak lelaki membawa padah apabila dia dan seorang lagi guru lelaki ditahan polis malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata keduaduany­a yang berusia 43 dan 42 tahun serta dipanggil ‘bonda’ dan ‘walid’ tersebut ditahan jam 10 malam Sabtu di Kampung Selamat di sini, selepas polis menerima laporan daripada bapa kanakkanak berusia lapan tahun berkenaan.

Pengadu yang berusia 25 tahun itu hanya menyedari anaknya diperlakuk­an sedemikian selepas menonton satu klip video yang tular menerusi aplikasi WhatsApp petang Sabtu, katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurut Mohd Noor, klip video berdurasi satu minit 19 saat itu memaparkan guru terbabit menarik kemaluan anak pengadu sebelum diancam untuk dipotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta dicucuh pemetik api.

Malah, dua lagi klip video masing-masing berdurasi 25 saat dan 56 saat, turut memaparkan mangsa dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan lelaki itu kerana didakwa mencuri makanan.

“Bapa mangsa telah dihubungi suspek yang menerangka­n tindakan dilakukan adalah satu proses pembelajar­an kerana mendakwa mangsa melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang kawan mangsa dan tidak mencuci selepas buang air besar,” katanya.

Mohd Noor berkata pengadu yang berang dan kesal dengan tindakan keduadua guru tahfiz berkenaan bertindak membuat laporan polis.

Katanya difahamkan mangsa sebelum itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin namun telah dihantar ke sekolah tahfiz berkenaan oleh bapanya setelah didapati kurang menunjukka­n minat terhadap pelajaran.

“Mangsa yang mengadu sakit di bahagian punggung telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan pemeriksaa­n dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia