Utusan Borneo (Sabah)

Pawe Beaufort sumbang darah untuk hospital

-

BEAUFORT: Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Beaufort telah mengadakan Program Derma Darah bagi membantu meningkatk­an bekalan darah Hospital Beaufort bertempat di pusat itu pada Ahad.

Selain membudayak­an sikap untuk menderma darah dalam kalangan ahlinya, aktiviti itu juga merupakan salah satu pengisian program pusat berkenaan.

Kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Beaufort dan beberapa kakitangan agensi awam beruniform sekitar daerah ini turut mengambil peluang menderma darah.

Untuk rekod, Pawe diwujudkan bagi golongan warga emas menjalanka­n aktiviti harian dalam komuniti dan merupakan satu perkhidmat­an bercorak pendamping­an sosial serta pembanguna­n kepada warga emas.

Ia melibatkan kerjasama strategik antara Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hadir sama pada program itu ialah Penolong Pengarah Bahagian, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Bahagian Beaufort Murni Junaha serta Penyelaras Bahagian Penguatkua­saan dan Warga Emas Darul Bahari Nawali.

Dalam pada itu, Hospital Beaufort mengalu-alukan orang ramai yang ingin menderma darah untuk terus datang ke Unit Transfusi Darah Hospital Beaufort yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sebarang pertanyaan atau penganjura­n Kempen Derma Darah di lokasi anda, sila hubungi Pegawai Tabung Darah Hospital Beaufort di talian 087 212 333.

 ??  ?? PARA petugas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hospital Beaufort merakamkan foto kenangan seusai tugas kempen derma darah. Turut kelihatan, Dr Fadhilah Taib (depan, dua dari kiri) dan Darul Bahari (depan, tiga dari kiri).
PARA petugas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hospital Beaufort merakamkan foto kenangan seusai tugas kempen derma darah. Turut kelihatan, Dr Fadhilah Taib (depan, dua dari kiri) dan Darul Bahari (depan, tiga dari kiri).
 ??  ?? MURNI Junaha (kiri sekali) bersama ahli Pawe Beaufort serta warga kerja JKM melawat dari katil ke katil untuk bertegur sapa dengan para penderma pada program itu.
MURNI Junaha (kiri sekali) bersama ahli Pawe Beaufort serta warga kerja JKM melawat dari katil ke katil untuk bertegur sapa dengan para penderma pada program itu.
 ??  ?? SEAWAL jam 8 pagi kempen derma darah bermula dan pemeriksaa­n tekanan darah dilakukan oleh petugas sebagai langkah saringan penderma.
SEAWAL jam 8 pagi kempen derma darah bermula dan pemeriksaa­n tekanan darah dilakukan oleh petugas sebagai langkah saringan penderma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia