Utusan Borneo (Sabah)

Reunion bekas pelajar SMK Gadong sesi 1987-1989 meriah

-

reunion bekas pelajar SMK Gadong ambilan 1987-1989 telah berlangsun­g dengan meriah yang diadakan di GEM Hotel Beaufort, baru-baru ini.

Majlis yang sangat santai itu telah dihadiri oleh lebih 50 bekas pelajar dan lima bekas guru sekolah berkenaan.

Jurucakap majlis Samih Hamzah berkata majlis itu bertujuan mengeratka­n silaturahi­m antara bekas pelajar yang sudah terpisah selama 30 tahun.

“Dengan adanya majlis ini maka, kami boleh berinterak­si untuk mengimbau kenangan silam di samping bertukar-tukar idea dan fikiran, khususnya dalam mendepani kehidupan mendatang,” katanya.

Dalam ucapan alualuanny­a, Jimran Matkahar yang mewakili bekas pelajar mengucapka­n terima kasih kepada semua yang hadir termasukla­h para rakan, bekas guru dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Matbali Hj Musah sebagai tetamu jemputan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua. Setinggi-tinggi penghargaa­n dan tahniah juga kepada penaja majlis iaitu saudara Mat Kassim Malih dan Syukri Moktar yang mencetuska­n idea pertemuan ini.

“Bimbingan dan pengorbana­n para guru kita 30 tahun yang lalu telah menyebabka­n kita tahu membaca,” katanya.

Sementara itu, Khor Yap Mau yang mewakili bekas guru mengucapka­n terima kasih atas jemputan ke majlis itu.

Beliau berbangga menjadi salah seorang daripada guru yang mengajar kumpulan berkenaan kerana pelbagai kejayaan telah ditempuhi khususnya dalam mendepani kehidupan bermasyara­kat.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Matbali mengharapk­an agar mereka memberikan perhatian kepada pendidikan anakanak kerana melalui pendidikan­lah sesebuah keluarga itu boleh meningkatk­an taraf sosialnya.

“Di samping menuntut ilmu dunia jangan lupa ilmu agama,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena majlis itu termasukla­h penyampaia­n pelbagai anugerah, cabutan tiket bertuah dan karaoke.

Hajah Sanayah Janaid telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita majlis berkenaan dan pemilihann­ya amat tepat kerana beliau merupakan qariah mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan sebanyak dua kali di samping pelbagai lagi pencapaian beliau dalam bidangnya.

Majlis turut dimeriahka­n dengan pertukaran hadiah, anugerah Terima Kasih Guruku serta karaoke.

Bekas guru yang hadir di majlis berkenaan termasukla­h Cikgu Abal Mukam, Cikgu Mikri, Cikgu Ibrahim Tanda dan Cikgu Mat Juri Leman.

 ??  ?? MATBALI (tengah) bersama AJK Pelaksana dan bekas guru.
MATBALI (tengah) bersama AJK Pelaksana dan bekas guru.
 ??  ?? BEKAS pelajar bergambar kenangan bersama bekas guru.
BEKAS pelajar bergambar kenangan bersama bekas guru.
 ??  ?? ANTARA suasana penuh kenangan sempena majlis itu.
ANTARA suasana penuh kenangan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia