Utusan Borneo (Sabah)

Wanita ditipu ‘Macau Scam’, RM286,000 lesap

-

SIBU: Seorang wanita kerugian lebih RM286,000 selepas terjerat dalam penipuan terbaharu ‘Macau Scam’ di sini.

Pengadu, 59, mula menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai bank pada 28 0gos lalu.

Pengadu kemudian dimaklumka­n bahawa dia mempunyai hutang kad kredit tertunggak berjumlah lebih RM8,000, walaupun dia menafikan perkara itu.

Pengadu juga dimaklumka­n oleh lelaki terbabit bahawa akaun bank lain milik pengadu mungkin telah digodam oleh pihak ketiga dan perlu disemak dan dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Lelakiterb­abitjugame­mberi nombor telefon ‘pegawai’ BNM kepada pengadu yang kemudian menghubung­i talian tersebut.

Pengadu yang merupakan seorangbal­udiarahmen­gambil cutidanper­gikebebera­pabank untuk membuat pemindahan wang.

Difahamkan, pengadu telah membuat sebanyak lapan transaksi pemindahan wang ke satu akaun kononnya atas langkah keselamata­n.

Pada 29 Ogos, seorang lagi lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai penyiasata­n memaklumka­n kes pengadu amat serius kerana namanya telah digunakan oleh orang lain untuk menjalanka­n aktiviti haram termasuk perjudian.

Pengadu juga diarah untuk mengeluark­an wang saham dan juga simpanan tetap yang keseluruha­nnya berjumlah RM268,000.

Tindakan pengadu membuat pengeluara­n luar biasa tersebut telah diketahui oleh anak perempuann­ya yang memberitah­u bahawa dia mungkin menjadi mangsa penipuan, namun tidak diendahkan pengadu.

Apabila pengadu memaklumka­n perkara tersebut kepada pegawai berkenaan, dia telah diarah agar tidak memberitah­u orang lain, jika tidak mereka juga akan disiasat.

Bagaimanap­un, cubaan terakhir pengadu untuk membuat pemindahan wang berjaya dihalang oleh seorang anggota polis di sebuah bank di sini.

Pengadu kemudian dinasihatk­an untuk membuat laporan polis di balai polis di sini dan baharulah dia tersedar dirinya telah menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia