Utusan Borneo (Sabah)

Berhati-hati ketika hujan lebat, angin kencang: MetMalaysi­a

-

KUALALUMPU­R:JabatanMet­eorologiMa­laysia(MetMalaysi­a) menasihatk­an orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca serta mengambil langkah berjaga-jaga susulan kejadian hujan lebat dan angin kencang yang menyebabka­n rumah rosak dan pokok tumbang di sekitar ibu negara, petang Sabtu lepas.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysi­a, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata orang ramai perlu mengelakka­n daripada meletakkan kenderaan atau berada di kawasan banyak pokok, papan tanda (street signboard) dan papan iklan (billboard) kerana ia berkemungk­inan tumbang, ketika cuaca buruk.

Menurutnya kejadian hujan lebat dan angin kencang ekoran pembentuka­n awan kumulonimb­us, iaitu sumber utama pembentuka­n hujan ribut petir, disebabkan arus perolakan yang kuat dalam awan berkenaan.

Pembentuka­n awan kumulonimb­us katanya, kerap berlaku di Malaysia yang beriklim tropika.

Dr Mohd Hisham berkata selain mengakibat­kan hujan lebat dan angin kencang, ia juga kadang-kala boleh menghasilk­an hujan air batu.

“Orang ramai perlu peka dengan keadaan cuaca ini kerana angin yang dihasikan boleh mencecah 100 kilometer sejam, namun ia (kelajuan angin) ini jarang berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Ahad.

Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang, www.met.gov.my, aplikasi myCuaca pada telefon bimbit pintar, laman sosial Facebook Malaysiame­t dan Twitter @malaysianm­et, SMS 15888 atau talian hotline 1300 22 1MET (1638). - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? DIBANJIRI: Kelihatan kawasan tumpuan warga asing sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Pudu dan Jalan Silang kembali dibanjiri mereka pada Ahad susulan tamat program penghantar­an pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Secara Sukarela (Program 3+1) anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 30 Ogos lalu. Mereka juga boleh dilihat membeli-belah barang keperluan harian di kaki lima yang sebelum ini lengang kerana menjadi kawasan ‘panas’ berikutan operasi mengesan PATI, Op Mega 3.0 yang bermula pada 1 Julai lalu. Dua hari lalu, media melaporkan Jabatan Imigresen akan melancarka­n operasi besar-besaran mulai tengah malam 30 Ogos yang bukan sahaja menumpukan kepada pekerja asing serta majikan yang melindungi mereka.
- Gambar BERNAMA DIBANJIRI: Kelihatan kawasan tumpuan warga asing sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Pudu dan Jalan Silang kembali dibanjiri mereka pada Ahad susulan tamat program penghantar­an pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Secara Sukarela (Program 3+1) anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 30 Ogos lalu. Mereka juga boleh dilihat membeli-belah barang keperluan harian di kaki lima yang sebelum ini lengang kerana menjadi kawasan ‘panas’ berikutan operasi mengesan PATI, Op Mega 3.0 yang bermula pada 1 Julai lalu. Dua hari lalu, media melaporkan Jabatan Imigresen akan melancarka­n operasi besar-besaran mulai tengah malam 30 Ogos yang bukan sahaja menumpukan kepada pekerja asing serta majikan yang melindungi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia