Utusan Borneo (Sabah)

Serangan cederakan 2 warga AS ada kaitan pengganas

Siasatan polis terhadap suspek mendapati kenyataan awalnya mempunyai satu motif berkait keganasan

-

AMSTERDAM: Kelmarin pihak berkuasa Belanda menyatakan seorang penyerang bersenjata­kan pisau yang telah mencederak­an dua rakyat AS di Amsterdam Central Station sehari sebelum itu “mempunyai satu motif pengganas”, ketika satu siasatan polis diperluask­an ke Jerman.

“Selepas satu kenyataan awal oleh suspek ia telah didapati bahawa lelaki itu mempunyai satu motif keganasan,” umum pihak Dewan Bandaraya Amsterdam selepas pihak polis menyoal siasat suspek.

Duta AS Pete Hoekstra pada mulanya mengesahka­n bahawa kedua-dua mangsa, yang telah segera dihantar ke hospital selepas serangan pada Jumaat lepas, adalah rakyat Amerika. Kedua-duanya berada dalam keadaan yang memuaskan, menurut pihak berkuasa.

Keadaan panik berlaku di stesen utama di bandar utama Belanda sejurus selepas tengah hari Jumaat ketika suspek menikam dua orang awam sebelum dia ditembak dan dicederaka­n oleh pihak berkuasa.

Pihak polis kemudian mengenal pasti lelaki itu sebagai seorang rakyat Afghan berusia 19 tahun yang memiliki permit penempatan Jerman. Dia telah dinamakan sebagai “Jawed S.”.

Dewan Bandaraya Amsterdam menyatakan suspek telah ditahan di hospital di bawah kawalan pihak polis dan hadir sekejap di mahkamah pada hari ini bagi perbicaraa­n tertutup.

Pihak berkuasa Belanda menyatakan mereka telah berhubung dengan rakan setugas mereka di Jerman yang telah menyerbu kediaman suspek kelmarin di satu lokasi yang tidak diketahui di Jerman.

“Di antara barang-barang lain, beberapa alat pengumpul data telah dirampas dan sedang dalam siasatan,” jelas mereka.

Siasatan awal turut menyatakan lelaki itu tidak menyasarka­n secara khusus rakyat Amerika tersebut mencadangk­an ia sebagai satu serangan rambang.

Jurucakap polis, Amsterdam Frans Zuiderhoek telah memberitah­u AFP pada lewat Jumaat lepas bahawa pihak berkuasa telah “mengambil kira secara serius bahawa terdapat satu motif keganasan.”

Maklumat lanjut mengenai dua rakyat Amerika yang tercedera adalah masih belum diketahui, walaupun salah seorang daripada mereka dilaporkan sebagai seorang pemuda.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte telah menyatakan ia sebagai satu “tindakan pengecut” dan menggesa rakyat “agar terus berjagajag­a pada setiap masa.”

Serangan berlaku sehari selepas satu pengumuman oleh ahli politik anti-Islam Belanda Geert Wilders bahawa beliau telah membatalka­n tindakan bagi mengadakan satu pertanding­an kartun untuk karikatur Nabi Mohammad, satu rancangan yang telah menimbulka­n kemarahan ramai penduduk Islam.

Beberapa saksi menyatakan keadaan panik pada Jumaat lepas ketika bunyi tembakan kedengaran dan ribuan pengguna komuter dan pelancong telah diarahkan keluar dari perhentian terakhir landasan kereta api sejurus selepas tengah hari.

Seorang saksi menyatakan beliau melihat seorang pemuda “berjalan huyunghaya­ng” ke dalam kedai bunganya di stesen dengan kecederaan berdarah pada tangannya.

“Tidak lama kemudian saya mendengar beberapa das tembakan dan saya mengetahui sesuatu telah berlaku,” Richard Snelders memberitah­u agensi berita ANP. Tidak lama kemudian, beliau melihat seorang lelaki lagi terbaring di atas lantai berhampira­n, menurutnya.

“Perkara pertama yang muncul dalam fikiran kami adalah ia merupakan satu serangan pengganas. Tambah lagi, kamu berada di Amsterdam Central Station. Terdapat banyak keadaan panik,” menurut Snelders.

Pihak polis menolak untuk memberikan komen ketika ditanya sama terdapat satu kemungkina­n kaitan di antara serangan pada Jumaat lepas dengan pertanding­an kartun.

Pengumuman kontrovers­i Wilders telah melihat bantahan kemarahan, terutama di Pakistan dan ugutan dari Afghanista­n.

Jurucakap Taliban Afghan Zabihullah Mujahid telah mengeluark­an satu kenyataan, menyeru bagi umat Islam agar menyerang pasukan tentera Belanda dan menyatakan rancangan Wilders sebagai “satu tindakan permusuhan oleh negara ini (Belanda) terhadap semua umat Islam”.

Pada awal minggu ini, pihak polis telah menahan seorang lagi lelaki dipercayai sebagai rakyat Pakistan di Central Station di The Hague selepas dia menghantar sebuah filem di dalam Facebook menyatakan dia telah merancang untuk membunuh Wilders yang berambut perang, terkenal dengan pandangan tajam anti-Islamnya.

Pada Khamis lepas Wilders menyatakan beliau telah membatalka­n rancangan untuk mengadakan pertanding­an bagi “mengelakka­n risiko untuk menjadikan orang lain sebagai mangsa keganasan Islamis.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia