Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP pastikan SST lancar

KPDNHEP koordinasi bersama kementeria­n lain

-

KULIM: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan koordinasi bersama beberapa kementeria­n lain dalam memastikan pelaksanaa­n sistem Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berjalan lancar.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata koordinasi tersebut akan melibatkan kementeria­nnya bersama Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Pelaksanaa­n SST ini perlu dilakukan secara bersama sebab itu kita akan adakan koordinasi dengan kementeria­n yang terlibat bagi menentukan jenis perkhidmat­an dan barangan yang dikenakan atau tidak dikenakan SST.

“Akta SST ini bawah

“Pelaksanaa­n SST ini perlu dilakukan secara bersama sebab itu kita akan adakan koordinasi dengan kementeria­n yang terlibat bagi menentukan jenis perkhidmat­an dan barangan ” yang dikenakan atau tidak dikenakan SST

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kementeria­n Kewangan dan kementeria­n ini yang akan tentukan barangan mana yang perlu dikenakan cukai ini manakala KKMM melibatkan perkhidmat­an telco seperti kad tambah nilai prabayar telefon bimbit,” katanya kepada pemberita selepas Program Kayuhan Amal dan Sentuhan Kasih Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) di Kampung Tengah Relau, Bandar Baharu di sini, pada

Ahad.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Sri Jamil Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab dan Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri R. Summugam.

Sementara itu, Saifuddin berkata pihak kementeria­n memahami kekangan bahawa terdapatny­a peniaga yang tidak memperoleh­i maklumat mencukupi berhubung perlaksana­an SST yang menyebabka­n mereka tidak sedar mereka melakukan kesalahan.

“Selain itu, ada peniaga yang kenakan SST pada barang yang tidak sepatutnya dengan menjadikan kos upah dan pengangkut­an sebagai alasan tetapi kita akan pantau dan ambil tindakan,” katanya.

Katanya, kumpulan peniaga ini dinasihatk­an untuk merujuk laman web Jabatan Kastam yang tertera senarai perkhidmat­an dan barang yang dikenakan SST.

Terdahulu, beliau menyampaik­an sumbangan zakat korporat dan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) sebanyak RM139,500 kepada lebih 300 orang kurang berkemampu­an dan 20 institusi seperti sekolah, surau, masjid dan madrasah.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia