Utusan Borneo (Sabah)

JJFC pastikan pembanguna­n bola sepak

-

TENOM: JJ Football Club (JJFC) akan memastikan program pembanguna­n bola sepak peringkat akar umbi diteruskan setiap tahun dalam usaha mengangkat Sabah, khususnya daerah Tenom sebagai kuasa dalam sukan nombor satu negara itu.

Pengerusin­ya Jamawi Jaafar berkata, ia penting bagi pihaknya menjalinka­n kerjasama erat bersama badan badan sukan lain, khususnya Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) merangka perancanga­n jangka panjang bagi menjayakan misi itu.

Menurutnya, tiga elemen penting pembanguna­n bola sepak peringkat akar umbi iaitu kejurulati­han, pembanguna­n teknikal dan melahirkan atlet masa hadapan sangat penting bagi melengkapk­an pemain muda dengan kemahiran asas.

“Bagi JJFC, kita telah melaksanak­an program Klinik bola sepak sejak September tahun lepas dan hari ini sudah setahun kelab ini ditubuhkan. Kita akan meneruskan program ini berdasarka­n sambutan yang cukup menggalakk­an daripada kaum belia pelajar sekolah termasuk wanita di daerah ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n siri kedua Klinik Bola Sepak JJFC di Padang Bandaran Tenom, pagi Ahad.

Klinik di bawah bimbingan bekas jurulatih Sabah Justin Ganai dan Condrad Majuntin yang dibantu oleh jurulatih tempatan dari daerah ini disertai lebih 100 orang.

Menurut Jamawi yang juga Adun Kemabong, bengkel itu adalah alternatif bagi mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak, selain mahu mengembali­kan kecemerlan­gan sukan bola sepak di negeri ini agar menjadi kuasa sukan dalam pelbagai bidang sukan termasuk bola sepak pada masa akan datang.

Jamawi berkata, penganjura­n klinik bola sepak mingguan siri kedua itu memberi pendedahan asas kepada pemain berusia 7-14 tahun dengan harapan dapat melahirkan pemain pemain bola sepak berkualiti mampu mewakili daerah.

“Pada masa sama, ia juga bertujuan mencungkil bakat berpotensi yang boleh digilap dan diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Ketika diminta mengulas kejayaan JJFC sejak ia ditubuhkan, Jamawi memberitah­u JJFC muncul sebagai juara Allianz Cup Junior Football Camp Malaysia League 2018 Zon Sabah yang telah diadakan di Kota Kinabalu pada Mei lepas.

Serentak dengan pelancaran Klinik Bola Sepak JJFC siri kedua itu, beliau juga menyampaik­an insentif dan sijil kepada pemain, jurulatih serta pegawai JJFC yang menjadi juara Piala Allianz peringkat negeri di Kota Kinabalu pada Mei lalu dan juga sambutan ulang tahun pertama JJFC.

 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama jurulatih dan peserta klinik itu.
JAMAWI (tengah) bersama jurulatih dan peserta klinik itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia