Utusan Borneo (Sabah)

SK Simpangan juara bola sepak YBR-KPM Beluran

Juarai bola sepak 7S bawah 11 tahun YBR-KPM daerah Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan (Paitan) mencipta kejutaan apabila buat julung kalinya menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah (7S) Bawah 11 Tahun ‘1 Murid 1 Sukan’ Piala Yayasan Bank Rakyat (YBRKPM) peringkat daerah Beluran yang berlangsun­g di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran, di sini, pada Khamis.

Kejohanan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pihak Yayasan Bank Rakyat dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK/Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dan dikelolaka­n oleh Unit Sukan dan Kokurikulu­m SK Pekan Beluran.

SK Simpangan muncul juara kejohanan itu selepas menewaskan pasukan tian rumah, SK Pekan Beluran dengan kemenangan bergaya 3 - 0 para perlawanan akhir.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Keniogan yang menewaskan pasukan SK Botition pada perlawanan penentuan bagi merebut kedudukan tempat ketiga.

Sementara itu, anugerah penjaring terbanyak yang menjaringk­an 9 gol sepanjang kejohanan itu ialah Khairul Jumran dari SK Simpangan, manakala pemain terbaik ialah Muhammad Haikal Aiman Jamal dari SK Keniogan dan penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Sharif Al Asraf, juga dari SK Simpangan.

Penyelia Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Malik Tajim berkata kejohanan itu mendapat menggalakk­an dengan penyertaan sebanyak 10 pasukan yang dipertandi­ngkan secara liga kumpulan dan dipertandi­ngkan dalam dua pusingan (kumpulan menang dan divisyen).

Pasukan lain yang mengambil bahagian ialah SK Kolapis, SK Sungai Nangka, SK Jaya Bakti, SK Ladang Sabapalm, SK Nangoh dan SK Lngkabau.

Katanya, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat dan potensi para pelajar dalam sukan bola sepak untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memilih pasukan sekolah untuk mewakili daerah Beluran ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 2018 YBR-KPM peringkat negeri Sabah yang akan diadakan di Telupid pada 7-9 September depan.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Haji Abd Hassan.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Unit Sukan PPD Beluran dan Unit Kokurikulu­m SK Pekan yang berjaya mengelolak­an kejohanan itu dengan jayanya pada tahun ini.

Katanya, penglibata­n muridmurid secara aktif dalam sukan adalah amat penting dan perlu diseimbang­kan dengan usaha mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan dalam akademik (kurikulum) khasnya dalam UPSR semasa di Tahun Enam nanti.

Beliau berharap pasukan sekolah yang akan mewakili daerah Beluran ke kejohanan peringkat negeri agar terus berlatih demi mencapai kedudukan yang terbaik kerana sekolah tersebut (SK Simpangan) bukan sahaja membawa nama sekolah, tetapi juga sekali gus mewakili daerah Beluran untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain.

Turutberuc­apialahPen­gerusi Jawatankua­sa Pengelola kejohanan itu, Salasiah Said yang juga Guru Besar SK Pekan Beluran.

Hadir sama ialah Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) PPD Beluran, Abdullahsh­ip Abd Wahid dan Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Pekan, Jimson Kalapah.

Dalam pada itu, sebanyak 24 pasukan yang mewakili 24 daerah (PPD) seluruh Sabah akan mengambil bahagian pada kejohanan peringkat negeri Sabah di Telupid.

Pasukan yang mewakili setiap daerah merupakan pemenang di peringkat daerah masingmasi­ng berdasarka­n pasukan sekolah.

Selain SK Simpangan yang mewakili daerah Beluran, pasukan lain yang sudah mengesahka­n tempat untuk mewakili daerah ke peringkat negeri di Telupid (7-9 September) ialah SK Taman Rimba Sandakan, SK Pegagau Semporna, SK Pekan 2 Ranau, SK Pekan Menumbok Kuala Penyu, SK Likas Kota Kinabalu, SK Tambulion Kota Belud dan SK Meligan Sipitang.

Turut menyertai kejohanan itu di Telupid ialah pasukan SK Bandar Tawau, SK Silam Lahad Datu, SK Tansau Penampang, SK Matunggong Kudat, SK Kg Bahagia Nabawan, SK Talantang Kota Marudu, SK Pengalat Besar Papar, SK St John Beaufort dan SK St Theresa, Tambunan, SK Rugading Tuaran dan SK Ulu Sapi Telupid.

 ??  ??
 ??  ?? SK SIMPANGAN (berdiri) dan pasukan SK Pekan Beluran serta pengadil perlawanan Abd Rahim M Noor sebelum aksi final. SK Simpangan menang 3 – 0 sekali gus mewakili daerah Beluran ke peringkat negeri Sabah di Telupid.
SK SIMPANGAN (berdiri) dan pasukan SK Pekan Beluran serta pengadil perlawanan Abd Rahim M Noor sebelum aksi final. SK Simpangan menang 3 – 0 sekali gus mewakili daerah Beluran ke peringkat negeri Sabah di Telupid.
 ??  ?? SOJE (belakang, enam kiri) bergambar kenangan bersama AJK Pengelola dan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah YBR-KPM 2018 daerah Beluran. pasukan sekolah yang memenangi
SOJE (belakang, enam kiri) bergambar kenangan bersama AJK Pengelola dan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah YBR-KPM 2018 daerah Beluran. pasukan sekolah yang memenangi
 ??  ?? SOJE diiringi Abdullahsh­ip (kanan), Salasiah dan Malik menyampaik­an piala kejuaraan kepada ketua pasukan SK Simpangan (Paitan) Beluran.
SOJE diiringi Abdullahsh­ip (kanan), Salasiah dan Malik menyampaik­an piala kejuaraan kepada ketua pasukan SK Simpangan (Paitan) Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia