Utusan Borneo (Sabah)

Sedco A juara Cabaran Golf Sedco 2018

-

KOTA KINABALU: Gandingan mantap pasukan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) A merangkul gelaran juara Cabaran Golf Sedco 2018 yang berakhir di Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC), Tuaran pada Sabtu.

Menerusi gabungan tiga keputusan terbaik menggunaka­n Sistem 36 Stableford, Sedco A yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah Datuk Hashim Paijan bersama Haji AM Yusof Abd Razak, Adrian Alang dan Azrul Ahmad mengumpul 107 mata.

Sedco A mencatat kelebihan tipis satu mata mengatasi pencabar terdekat Perbadanan Pembanguna­n Bandar Sabah (SUDC) untuk mengunggul­i kejohanan edisi Ke-16 tahun ini, seterusnya menjulang Piala Pusingan Sedco.

SUDC gandingan Ali Hassan Ag Salleh, Andrew Thien dan Anthony Dumpangol mengumpul 106 mata untuk muncul selaku naib johan, diikuti Cement Industries Sabah (CIS) yang dianggotai oleh Ishak Idris, Haji Sumardi Yusof, Haji Jasmi Thien dan Lee Eng Seong mengumpul 102 mata untuk berpuas hati menduduki tempat ketiga.

Dalam persaingan kategori Terbuka, pasukan Rukut gandingan Datu Goldah Haji Keri, Hamza Maidin, Jusli Potoh dan Hasbi Sariat muncul selaku juara dengan 114 mata, dua mata selesa mengatasi dua pencabar terdekat.

Selepas melalui kiraan semula (OCB), pasukan Cabin Crew gandingan Azmi Ahmad, Capt. Roshidi Abd Rahman, Syamsul Osman dan Asmat Muhamad muncul naib johan mengatasi tempat ketiga pasukan MediaF&N gandingan Valerian Hansen Petrus, Desmond Qwek, Jackson Gamalid dan Pauzi Antahar yang turut mencatat 112 mata.

Dalam persaingan Indvidu, kategori Gross Terbuka dijuarai oleh Pauzi Antahar dengan catatan empat atas par 76 pukulan, mengatasi naib johan Azmi Ahmad menerusi OCB sambil tempat ketiga disandang oleh Erwin @ Batilis Jaraman yang mencatat 77 pukulan.

Aksi Gross Tertutup pula dijuarai oleh Adrian Alang menerusi catatan 83 pukulan untuk selesa empat pukulan mengatasi naib johan Andrew T h i e n yang mencatat 87 pukulan, sambil Bidin Numbong dengan 88 pukulan menduduki tempat ketiga.

Persaingan kategori Nett Terbuka dijuarai oleh Datu Goldah Haji Keri menerusi aksi cemerlang mencatat 40 mata mengatasi naib johan Sabrie Husin melalui OCB sambil Hamza Maidin dengan 38 mata menduduki tempat ketiga.

Kategori Nett Tertutup menyaksika­n Mordiana Abdullah muncul selaku juara dengan catatan 36 mata muncul menewaskan naib johan Ali Hassan Ag Salleh melalui OCB, sambil tempat ketiga disandang oleh Ishak Idris dengan aksi 35 mata.

Percaturan kategori terakhir untuk pemain-pemain kenamaan (VIP), tiga pemain mencatat keputusan sama dengan 36 mata, di mana selepas OCB, juara disandang oleh Datuk Hashim Paijan diikuti naib johan Haji Mohd Muhiddin Faharuddin dan Datuk Abd Kadir Rosline.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang telah disempurna­kan bersama oleh Datuk Hashim Paijan dengan disaksikan oleh pengerusi Kelab Sukan dan Sosial Kumpulan Sedco (KKS) Mordiana Abdullah dan jawatankua­sa penganjur.

Mordiana ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah, merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan memastikan kelancaran penganjura­n kejohanan itu termasuk para penaja, sukarelawa­n, para peserta serta ahli jawatankua­sa penganjur.

Kejohanan di bawah kalendar aktiviti Sedco itu disertai oleh 31 pasukan termasuk para pemain dari Semenanjun­g Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? HASHIM (dua kiri kiri) dan Mordiana (dari kanan) bersama pasukan Rukut gandingan Datu Goldah, Jusli, Hamza dan Hasbi yang merangkul gelaran juara Berpasukan Terbuka.
HASHIM (dua kiri kiri) dan Mordiana (dari kanan) bersama pasukan Rukut gandingan Datu Goldah, Jusli, Hamza dan Hasbi yang merangkul gelaran juara Berpasukan Terbuka.
 ??  ?? MORDIANA (dari kanan) menyaksika­n Adrian, Azrul, Hashim dan AM Yusof merai kejayaan bersama piala pusingan selepas merangkul gelaran juara Berpasukan Tertutup.
MORDIANA (dari kanan) menyaksika­n Adrian, Azrul, Hashim dan AM Yusof merai kejayaan bersama piala pusingan selepas merangkul gelaran juara Berpasukan Tertutup.
 ??  ?? PARA pemain yang menyertai Cabaran Golf Sedco Ke-16, 2018 merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum memulakan permainan di DBGCC, Tuaran pada Sabtu.
PARA pemain yang menyertai Cabaran Golf Sedco Ke-16, 2018 merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum memulakan permainan di DBGCC, Tuaran pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia