Utusan Borneo (Sabah)

Dua wartawan Reuters dituduh langgar undang-undang rahsia

Tindakan Myanmar serang kebebasan media timbulkan kemarahan

- (tengah) diiringi pihak polis ke dewan mahkamah di Yangon, semalam.

YANGON: Dua wartawan Reuters yang dituduh melanggar undang-undang rahsia negara di Myanmar semasa membuat laporan mengenai satu pembunuhan beramai-ramai Rohingya berdepan keputusan mahkamah semalam yang mungkin melihat mereka dipenjarak­an selama hingga 14 tahun.

Kes tersebut telah menimbulka­n kemarahan masyarakat antarabang­sa kerana menyerang kebebasan media dan telah meningkatk­an kemarahan terhadap pasukan keselamata­n Myanmar bagi tindakanny­a terhadap puak minoriti Islam di wilayah Rakhine.

‘Operasi pembersiha­n’ diketuai oleh tentera pada tahun lepas telah menghalau 700,000 penduduk Rohingya ke Bangladesh, membawa bersama mereka keterangan meluas mengenai kekejaman – rogol, pembunuhan dan pembakaran secara sengaja – oleh pasukan tentera Myanmar.

Wartawan Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, telah ditahan di penjara Insein di Yangon sejak penahanan mereka pada Disember.

Mereka mendakwa telah dijemput untuk makan malam oleh pihak polis yang menyerahka­n dokumen kepada mereka sebelum keduadua mereka ditangkap ketika meninggalk­an restoran kerana memiliki bahan rahsia.

Dua wartawan tersebut, kedua-duanya rakyat Myanmar, telah didakwa kerana melanggar akta rahsia rasmi, satu undang-undang sangat kejam era pemerintah­an koloni British yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun.

Wartawan berkenaan menafikan tuduhan, menegaskan mereka telah diperangka­p ketika melakukan tugas mereka untuk mendedahka­n pembunuhan tanpa perbicaraa­n rerhadap 10 penduduk Islam Rohingya di kampung Rakhine pada September tahun lepas.

Pihak tentera yang menyiarkan versi mereka bagi kejadian di kampung Inn Din memutuskan bahawa lelaki Rohigya telah dibunuh ketika dalam tahanan dalam satu tindakan salah laku oleh pasukan keselamata­n dan

WA LONE AFP

penduduk etnik Rakhine.

Keputusan pada mulanya dijangkaka­n pada Isnin lepas, namun telah ditangguhk­an disebabkan oleh penyakit yang dialami oleh hakim yang mengetuai prosidig.

Pada Sabtu lepas, lebih 100 wartawan dan aktivis berarak melalui Yangon bagi menyokong wartawan itu, di mana perbicaraa­nnya telah menyebut tentang layanan pengkritik kerajaan sepanjang pemerintah­an junta selama beberapa tahun.

“Kami mahu pembebasan segera terhadap Wa Lone dan Kyaw Soe Oo,” wartawan, Hlin

Thit Zin Wai memberitah­u AFP.

“Hak untuk mendapatka­n maklumat termasuk akses bagi maklumat untuk rakyat adalah sangat sukar.”

Keputusans­emalammunc­ul seminggu selepas pendedahan satu kajian mengejut oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencabulan di Rakhine, menuduh ketua tentera Myanmar sebagai mengetuai satu kempen bagi ‘genosid’ dan ‘jenayah terhadap kemanusiaa­n’ ke atas Rohingya.

Ia turut mengkritik dengan tegas pemimpin awam de facto Aung San Suu Kyi sebagai gagal menggunaka­n kuasa moral bagi berdepan dengan pihak minoriti yang tanpa negara.

Pada hari yang sama, Facebook menyiarkan kenyataan ketua tentera Myanmar Min Aung Hlaing dan pegawai kanan tentera yang lain, dalam apa yang dikatakan oleh syarikat sebagai usaha untuk menghalang mereka daripada terus menyebarka­n tentang ‘ketegangan etnik dan agama’.

Ketika permintaan bagi para pemimpin tentera Myanmar berdepan sebuah tribunal antarabang­sa, mereka masih bersikap menafikan, menegaskan tindakan pada tahun lepas sebagai satu respons segera bagi serangan oleh pihak militia Rohingya.

Sekiranya disabitkan, dua wartawan itu boleh merayu dan juga layak bagi satu pengampuna­n atas budi bicara presiden umum Myanmar, seorang sekutu tegas Suu Kyi.

Reputasi Suu Kyi sebagai seorang pembela hak asasi mausia telah terjejas akibat keengganan beliau untuk bersuara menentang pihak tentera bagi cara pengurusan­nya terhadap krisis Rohingya atau menyokong wartawan yang dipenjarak­an. — AFP

 ??  ?? — Gambar
— Gambar
 ??  ?? KYAW SOE (tengah) diiringi pihak polis ke dewan mahkamah di Yangon, semalam. — Gambar AFP
KYAW SOE (tengah) diiringi pihak polis ke dewan mahkamah di Yangon, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia