Utusan Borneo (Sabah)

Bilionair China ditahan atas tuduhan jenayah seksual

-

WASHINGTON: Bilionair e-perdaganga­n China Liu Qiangdong – juga dikenali sebagai Richard Liu – telah ditangkap sekejap di barat AS di Minneapoli­s atas tuduhan kesalahan jenayah seksual, menurut pihak berkuasa.

Rekod dari Penjara Wilayah Hennepin menunjukka­n Liu, pengasas dan CEO bagi syarikat gergasi jualan atas talian JD.com, telah ditangkap bagi tuduhan salah laku pada lewat malam Jumaat dan dibebaskan pada tengah hari Sabtu.

Jabatan Polis Minneapoli­s menyatakan siasatan masih lagi aktif dan tidak dapat mengesahka maklumat mengenai penangkapa­n atau tuduhan terhadap Liu berusia 45 tahun.

“Individu tersebut telah ditangkap pada petang Jumaat dan dibebaskan pada tengah hari Sabtu. Beliau telah dibebaska sementara menungu aduan rasmi,” Pegawai Maklumat Awam John Elder memberitah­u AFP.

Di wilayah Minnesota, “kesalahan jenayah seksual” meliputi satu soektrum yag luas bagi aktiviti seksual bukan secara suka sama suka.

Dalam satu kenyataan dihantar dalam rangkaian media sosial China Weibo, JD.com

Telah mengesahka­n bahawa Liu telah ditangkap bagi apa yang ia nyatakan sebagai satu tuduhan palsu semasa satu lawatan perniagaan.

Kenyataan, bertentang­an dengan kenyataan polis AS, menambah pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti bagi salah laku dan membebaska­n Liu bagi meneruskan perjalanan­nya.

Ditubuhkan pada 1998, syarikat Fortune Global 500 merupakan firma e-perdaganga­n kedua terbesar di China dan pesaing agresif terhadap Alibaba.

Syarikat menyatakan ia menawarkan satu pengalaman membeli-belah “one stop” kepada lebih 300 juta orang pelanggan yang aktif di China, dengan penghantar­an pada hari tersebut dan keesokan harinya sebagai standard.

Pada Jun, Google telah mengumumka­n ia akan melaburkan lebih separuh dari satu bilion dolar ke dalam JD.com sebagai sebahagian dari satu tindakan untuk memperluas­ka perkhidmat­an jualan di seluruh dunia.

Beberapa buah firma akan menyertai rangkaian bekalan JD dan pengalaman lojistik dengan teknoplogi Google bagi membentuk “generasi baharu” bagi jualan di wilayah-wilayah termasuk Asia Tenggara, AS dan Eropah, kedua-dua syarikat menyatakan dalam satu kenyataan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia