Utusan Borneo (Sabah)

Separuh rakyat Tunisia gemuk, 30 peratus obes

-

TUNIS: Separuh daripada rakyat Tunisia memiliki berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi adalah obes, demikian menurut angka yang dikeluarka­n oleh Pengarah Kesihatan Serantau di Bizerte, Jamel Saidani.

Bercakap pada Ahad di luar hari terbuka Gaya Hidup Sihat di Bizerte, kira-kira 70 kilometer di utara dari Tunis, Saidani berkata acara itu bertujuan meningkatk­an kesedaran berkaitan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada pelan bagi memerangi penyakit tidak berjangkit, termasuk obesiti, satu gejala kesihatan global, yang turut mempengaru­hi Tunisia.

Beliau berkata statistik Bizerte itu yang dikumpul dalam tempoh dua tahun terakhir menunjukka­n bahawa dalam kes obesiti, satu pertiga daripadany­a membabitka­n kanak-kanak.

Berdasarka­n perkembang­an ini, beliau berkata adalah penting untuk meningkatk­an program kesedaran dan pencegahan dalam kalangan rakyat serta organisasi yang berkenaan.

Pengarah bahagian pencegahan Direktorat Kesihatan Awam Serantau Bizerte, Ibtissam Blanco, pula menggesa agar usaha-usaha digerak bagi meningkatk­an tahap kewaspadaa­n berkaitan obesiti, kesan dan puncanya seperti tabiat merokok, diet tidak sihat, tekanan serta gaya hidup tidak aktif.

Dua bengkel berkaitan Latihan di Luar dan Hidup Tanpa Tembakau telah dianjurkan pada hari terbuka itu.

Pengunjung telah diberikan perkhidmat­an perubatan percuma yang disediakan oleh kakitangan perubatan dan separa perubatan selain diberi taklimat berkaitan cara-cara pengesanan dan pencegahan awal obesiti serta tekanan darah tinggi dan membantu langkah untuk berhenti merokok.

Acara itu diadakan atas inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama Institut Nutrisi dan Teknologi Makanan Tunisia (INNTA), Direktorat Penjagaan Kesihatan Asas serta Direktorat Kesihatan Serantau Bizerte. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia