Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan banduan lolos dari penjara dekat Tripoli

-

TRIPOLI: Kira-kira 400 tahanan melepaskan diri selepas satu rusuhan kelmarin di sebuah penjara di subbandar selatan bandar utama Libya di Tripoli, kawasan bagi pertempura­n maut selama seminggu, menurut pihak polis.

“Banduan telah berjaya membuka pintu dan pergi dari situ ketika pertempura­n antara militia bermusuhan berlaku berhampira­n penjara Ain Zara,” menurut pihak polis dalam satu kenyataan, tanpa menjelaska­n jenayah apa yang dilakukan oleh banduan yang meloloskan diri.

Pengawal tidak mampu menghalang banduan yang meloloskan diri kerana bimbang dengan keselamata­n nyawa mereka sendiri, menurut kenyataan.

Seorang pegawai polis ketika dihubungi oleh AFP tidak mampu untuk memberikan maklumat lanjut.

Kebanyakan tahanan di penjara telah disabitkan dengan jenayah biasa atau merupakan penyokong kepada bekas diktator Muammar Ghaddafi, didapati bersalah kerana membunuh semasa kebangkita­n yang menjatuhka­n rejimnya pada 2011.

Menurut satu angka dari kementeria­n kesihatan, sekurang-kurangnya 39 orang terkorban dan kirakira 100 orang tercedera sejak pertempura­n, termasuk serangan roket, berlaku di antara militia yang bermusuhan semalam di subbandar selatan Tripoli.

Bandar utama Libya itu telah menjadi pusat bagi satu pertempura­n untuk pengaruh di antara kumpulan bersenjata sejak kejatuhan dan pembunuhan Ghaddafi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia