Utusan Borneo (Sabah)

Barracuda Labuan juara Ragbi U19 Lelaki 7 Sebelah

-

LABUAN: Pasukan Ragbi Kolej Vokasional Labuan yang digelar sebagai Barracuda, muncul juara Ragbi Bawah 19 Tahun dalam Karnival Sukan VocLab 2018 yang diadakan di Padang Ragbi Kolej Vokasional Labuan, baru-baru ini.

Pasukan Barracuda wakil pasukan tuan rumah berjaya mengumpul mata tertinggi berbanding pasukan Kolej Vokasional Melaka Tengah yang berada di tempat kedua dan Papar di tempat ketiga seterusnya pasukan Stingray RC, Sepagaya LD, dan Pantai Phoenix Senior.

Sebanyak 25 pasukan dari Muar Johor, Melaka Tengah, Miri Sarawak, Lahad Datu Sabah, Papar, Sipitang, Kudat dan Wilayah Persekutua­n Labuan menyertai kejohanan kali ini dalam kategori 7s iaitu Lelaki U19, Perempuan U19 dan Lelaki U16.

Pasukan Tungku Titans dari Lahad Datu pula berjaya merangkul tempat pertama daripada tiga pasukan yang bertanding secara liga dalam kategori Women U19. Barracuda Angels sebagai tuan rumah mendapat tempat kedua dan Mutiara Gegurls tempat ketiga.

Pasukan ragbi dari Muar, Johor yang digelar Predators Muar sesuai dengan maksud namanya begitu jelas menjadi pencabar utama sejak awal permainan sehingga berjaya menjuarai Champion Cup Lelaki U16 apabila menundukka­n pasukan yang tidak kurang hebatnya dari Lahad Datu, Tungku Titans dalam aksi final.

Bagi kategori Lelaki U16, Champion Cup dimenangi Predator Muar dari Muar, Johor, 1st Cup (Tungku Titan (Lahad Datu, Sabah), Champion Plate (Limauan (Papar, Sabah) dan 1st Plate (Barracuda A (W.P. Labuan).

Champion Bowl pula diraih SMPO 2 (Sipitang, Sabah), 1st Bowl (FALCON), Champion Shield (SMK Rancha-Rancha), 1st Shield (SMATIM), Champion Spoon (Barracuda B) dan 1st Spoon (Pantai Phoenix).

Majlis penutupan Karnival Sukan VocLab Bola Tampar 2018 ini telah disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Labuan, Othman Idris.

Beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua pasukan dan AJK pelaksana yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini.

“Kehadiran pasukan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g telah menyemarak­kan lagi kejohanan pada tahun ini,”katanya.

Ketua Unit KV Labuan, Veronica John Tang turut hadir pada majlis penyampaia­n hadiah itu.

 ??  ?? PASUKAN Barracuda Johan Lelaki U19 bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Labuan, Othman Idris dan Ketua Unit KV Labuan, Veronica John Tang.
PASUKAN Barracuda Johan Lelaki U19 bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Labuan, Othman Idris dan Ketua Unit KV Labuan, Veronica John Tang.
 ??  ?? BARISAN AJK Pelaksana Karnival Sukan Ragbi Kolej Vokasional Labuan 2018.
BARISAN AJK Pelaksana Karnival Sukan Ragbi Kolej Vokasional Labuan 2018.
 ??  ?? JOHAN Champion Cup Lelaki U16, Predator Muar Johor.
JOHAN Champion Cup Lelaki U16, Predator Muar Johor.
 ??  ?? TUNGKU Titan Johan Perempuan U19 bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Labuan, Othman Idris dan Ketua Unit KV Labuan, Veronica John Tang.
TUNGKU Titan Johan Perempuan U19 bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Labuan, Othman Idris dan Ketua Unit KV Labuan, Veronica John Tang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia