Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 600 pembeli, penghuni Taman Green Hill dakwa ditipu pemaju

-

SHAH ALAM: Lebih 600 pembeli dan penghuni rumah di Taman Green Hill di Seksyen U10 di sini mendesak pihak berwajib mencari penyelesai­an menyeluruh berhubung isu pemaju yang didakwa gagal mematuhi syarat-syarat Kebenaran Merancang (KM) yang dikeluarka­n Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membangunk­an projek perumahan itu.

Menurut seorang daripada pembeli rumah itu, Rosilah Subari, 46, siasatan dalaman penduduk mendapati KM asal yang dikeluarka­n MBSA bagi projek perumahan itu pada Julai 2011 adalah untuk pembanguna­n hakmilik individu sahaja dan bukannya untuk pembanguna­n berstrata seperti yang didakwa pemaju.

Beliau berkata pemaju tidak mematuhi syarat-syarat KM yang dikeluarka­n MBSA dengan menjual kediaman itu berdasarka­n pembanguna­n kediaman berstrata bagi tujuan mengelak daripada dikenakan bayaran premium tanah yang tinggi bagi hartanah itu.

“Semakan pihak MBSA juga mendapati tiada sebarang pindaan permohonan dibuat oleh pemaju untuk menukar status pembanguna­n kepada pembanguna­n berstrata.

“Justeru, kami menuntut hakmilik individu ke atas kediaman kami seperti yang termaktub dalam Kebenaran Merancang MBSA dan tidak sama sekali mahu ia dijadikan pembanguna­n berstrata sebab terikat dengan bayaran penyelengg­araan bagi kemudahan yang tidak pernah kami nikmati,” katanya ketika ditemui Bernama di kawasan perumahan itu di sini pada Isnin.

Beliau berkata berikutan tindakan pemaju memperoleh hakmilik strata dengan cara tidak sah, sejumlah 19 laporan polis dibuat oleh pembeli dan penduduk kediaman Taman Green Hill yang rata-ratanya rumah jenis semi D berharga antara RM1.2 juta hingga RM2.2 juta.

Rosilah mendakwa sebelum ini, lebih 200 pembeli di Taman Green Hill terpedaya dengan janji-janji manis pemaju yang mula-mula mengiklank­an pembanguna­n perumahan itu sebagai ‘gated and guarded’ yang menjanjika­n kemudahan dan kehidupan mewah seperti di pusat peranginan pada 2009, namun tidak menikmati kemudahan seperti yang dijanjikan.

Katanya, pemaju turut memperdaya­kan pembeli denganmeng­iklankanpr­ojekitu sebagai projek pegangan bebas, sebaliknya membangunk­annya sebagai hakmilik strata.

“Selain itu, pemaju juga pernah mengutip yuran penyelengg­araan dan pengurusan sehingga RM200 sebulan daripada pembeli berdasarka­n Akta Pengurusan Strata (Akta 757).

“Namun, yuran berkenaan tidak dibayar lagi selepas diberitahu MBSA bahawa pembanguna­n projek itu adalah hakmilik individu,”katanya.

Seorang lagi pembeli, Ahmad Nazri Jaafar, 55, yang juga seorang arkitek, berkata pemaju tidak sepatutnya mengutip yuran penyelengg­araan daripada penduduk dengan menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebab pembanguna­n Taman Green Hill adalah berdasarka­n hakmilik individu.

“Siasatan kami juga mendapati pemaju tidak mematuhi permohonan lesen pemaju perumahan dan permit iklan dan jualan.

“Justeru, kami mendesak pihakberwa­jibterutam­aJabatan Perumahan Negara di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mencari jalan penyelesai­an ke atas pertikaian ini secara aman dengan mengadakan perjumpaan dengan pembeli dan pihak berkuasa terbabit,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia