Utusan Borneo (Sabah)

Program Cradle dijangka sumbang RM30.8 bilion kepada KDNK menjelang 2030

-

KUALA LUMPUR: Cradle Fund Sdn Bhd, agensi pembiayaan di bawah Kementeria­n Kewangan menjangka Program Pelaburan Dana Cradle (CIP) akan menyumbang sehingga RM30.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Razif Abdul Aziz berkata CIP telah menyumbang RM3.4 bilion kepada ekonomi negara sehingga kini, mencipta 80,600 pekerjaan sepenuh masa dan berjaya menarik RM1.3 bilion pelaburan swasta dan asing sejak ia diperkenal­kan pada tahun 2008.

Razif berkata Cradle dengan kerjasama Help Universiti telah menjalanka­n kajian impak Program Pelaburan Dana Cradle bagi tempoh 2008 - 2016 bertajuk ‘Program Pelaburan Cradle Mencipta Nilai dalam Ekosistem Pemula Niaga’.

“Kajian itu menyimpulk­an bahawa dari peruntukan awam RM158.8 Juta (2008-2016) Cradle telah menyokong kemakmuran ekonomi tempatan dan serantau dan nilai yang diperoleh daripada individu, masyarakat dan perniagaan, hasil akses dan penggunaan dana. Sokongan nilai tambahanny­a melebihi sumbangan pekerjaan langsung dan impak gaji.

“Ia menyumbang kepada pembentuka­n ekosistem teknologi lestari di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Cradle adalah sebuah syarikat penyelia dana teknologi yang telah membangunk­an ekosistem pemula niaga di Malaysia. Ia telah membiayai dana awal pemula niaga yang kini telahpun menyaksika­n kejayaan seperti syarikat epanggilan MyTeksi (Grab) dan syarikat teknologi kewangan iMoney. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia