Utusan Borneo (Sabah)

320 peserta jayakan Kayuhan Hari Merdeka Labuan 2018

-

SERAMAI 320 peserta dari dalam dan luar negara telah menjayakan Kayuhan Hari Merdeka 2018 di Labuan.

Pengerusi penganjur Jamil Haji Kario berkata program Kayuhan Hari Merdeka 2018 dianjurkan JHK Events bersama Jabatan Belia dan Sukan Labuan serta Grand Dorsett Labuan Hotel.

Acara perlepasan peserta kayuhan telah disempurna­kan oleh Penolong Pengarah

Jabatan

Belia dan Sukan Labuan Bazlina Bakri tepat jam 6.40 pagi.

Kayuhan sejauh 30 kilometer itu turut disertai oleh Grand Manager Grand Dorsett Labuan Hotel Masni Shaik Dali.

Seramai 320 orang menyertai kayuhan itu dan peserta teramai adalah dari Sabah iaitu 111 orang, diikuti Labuan (86), Sarawak (44), Brunei Darussalam (72) dan selebihnya negeri-negeri dari Semenanjun­g Malaysia.

Semua peserta melalui beberapa jalan utama di pulau ini termasuk Jalan Merdeka, Jalan OKK Abdullah, Jalan Jumidar Buyong, Jalan Tun Mustapha, Jalan RanchaRanc­ha, Jalan Kinabenuwa, Jalan Bebuloh, Jalan Sungai pagar, Jalan Sungai Lada, Jalan OKK Daud dan Jalan Mohammed Salleh.

Selain untuk meraikan Hari Kemerdekaa­n Malaysia yang ke-61, kayuhan juga dapat merapatkan silaturrah­im peserta dari negeri lain di Malaysia dan juga negara jiran Brunei Darussalam.

Di akhir kayuhan, peserta juga disajikan dengan jamuan ringan yang disediakan oleh Grand Dorsett Labuan Hotel untuk tetamu undangan manakala jamuan untuk peserta kayuhan disediakan oleh JHK Events, Y-Centre Labuan. Penganjur juga menyediaka­n cabutan tiket bertuah berupa 11 helmet basikal, dua basikal dan aksesori basikal yang disumbangk­an oleh Tarson Marketing (M) Sdn Bhd, Hsiung Trading Kota Kinabalu dan Cyclepro Sports Apparel Selangor.

Hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa sebuah basikal Road Bike yang dimenangi oleh Iqbal LC Lamri dari Petronas Chemical Labuan.

Jamil mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tahunan itu.

“Saya berharap kayuhan ini akan menjadikan Labuan sebagai destinasi sukan pelanconga­n khususnya dalam acara berbasikal yang unggul di negara ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA kayuhan melalui jalanjalan utama di Labuan.
BAZLINA (kanan) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada
Iqbal. Turut kelihatan Jamil (kiri).
PESERTA kayuhan melalui jalanjalan utama di Labuan. BAZLINA (kanan) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada Iqbal. Turut kelihatan Jamil (kiri).
 ??  ?? KAYUHAN Hari Merdeka bermula di Dataran Labuan.
KAYUHAN Hari Merdeka bermula di Dataran Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia