Utusan Borneo (Sabah)

Pecah amanah: Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pegawai Imigresen berhadapan pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, berkaitan kes pecah amanah melibatkan harta bernilai RM672.48.

Shaiful Bahry Pg Mohidin, 38, didakwa melakukan jenayah pecah amanah apabila dengan curangnya menyalahgu­nakan harta dalam bentuk wang tunai milik tahanan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau pada 21 November 2017 terhadap wang tunai milik Muhammad Yusup Irfanto, 35.

Di dalam pengakuann­ya, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicaraka­n selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Herlina Muse.

Berikutan itu, majistret memutuskan tarikh perbicaraa­n kes akan berlangsun­g tiga hari pada 18, 19 dan 20 September jam 2 petang, serta membenarka­n ikat jamin RM8, 000.

Terdahulu, sebutan kes terhadap tertuduh disebut pada 24 Julai dan sebutan kedua pada 31 Julai 2018 dengan pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara dalam tempoh antara dua tahun sehingga 20 tahun, dan dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

Untuk rekod, pengadu membuat laporan polis pada 2 Mei 2018 kerana mendakwa wang tunai yang didaftarka­nnya semasa ditahan di PTS Tawau tahun lepas belum dipulangka­n.

Pendakwaan kes berkenaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau pada 21 November 2017 terhadap wang tunai milik Muhammad Yusup Irfanto, 35.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia