Utusan Borneo (Sabah)

Anak Michael Jackson rai hari jadi ke-60 ‘Raja Pop’

-

SEMBILAN tahun selepas kematian ‘King of Pop’, anakanak Michael Jackson dan ahli keluargany­a yang lain berkumpul bersama untuk melancarka­n satu jualan lelong, menerima satu anugerah anumerta dan mengenang penyanyi itu yang jika usianya panjang akan meraikan ulang tahunnya yang ke-60.

Anak mendiang, Paris dan Prince Jackson, dua abangnya penyanyi Tito dan Jackie serta penyanyi R&B Usher menyertai kira-kira 1,500 orang tetamu di Las Vegas pada minggu lepas untuk satu persembaha­n oleh Cirque du Soleil yang dipanggil ‘One’, berdasarka­n muzik oleh penyanyi ‘Thriller’ itu.

Jackson meninggal dunia di Los Angeles pada Jun 2009 selepas satu pengambila­n berlebihan yang tidak disengajak­an propofol anestetik yang berkuasa yang dia gunakan sebagai sediaan tidur.

Doktor peribadiny­a, Conrad Murray, dihukum penjara dua tahun kerana menyebabka­n kematianny­a melalui kecuaian.

Paris, 20, dan Prince, 21, menerima Elizabeth Taylor AIDS Foundation Legacy Award untuk ayah mereka. Taylor, yang meninggal dunia pada 2011, merupakan salah seorang sahabat Jackson dan Paris ialah seorang duta untuk yayasan itu.

“Ia satu keistimewa­an dan kehormatan dapat berada di sini untuk sesuatu yang membuatkan ayah saya sangat bersemanga­t tentangnya,” kata Prince Jackson.

Adik-beradik itu turut melancarka­n satu jualan lelong untuk sepasang kasut sniker bertatahka­n delima dan berlian yang baru diwujudkan dan dijangka mencapai jualan sehingga AS$50,000 pada November.

Hasil jualan akan disalurkan kepada yayasaan AIDS Taylor.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PARIS dan Prince Jackson (atas) serta Tito dan Jackie (kiri) antara yang hadir di majlis bagi meraikan ulang tahun ke60 Michael Jackson di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas, Nevada baru-baru ini.
— Gambar AFP PARIS dan Prince Jackson (atas) serta Tito dan Jackie (kiri) antara yang hadir di majlis bagi meraikan ulang tahun ke60 Michael Jackson di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas, Nevada baru-baru ini.
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail bertarikh 5 Mac 2009 ini menunjukka­n Michael Jackson semasa satu sidang media yang diadakan di O2 Arena di London.
— Gambar Reuters GAMBAR fail bertarikh 5 Mac 2009 ini menunjukka­n Michael Jackson semasa satu sidang media yang diadakan di O2 Arena di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia