Utusan Borneo (Sabah)

Kadar letak kereta MPS turun: Peter

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) akan melaksanak­an penguranga­n kadar bayaran letak kereta dalam masa terdekat.

Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik berkata majlis akan mengurangk­an kadar letak kereta daripada RM1 kepada 50 sen (bagi petak warna merah) dan dari 50 sen kepada 30 sen (petak warna kuning).

“Sementara kadar bayaran letak kereta bagi RM2 (untuk petak berwarna hijau) dikekalkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Tugas Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan di Dewan Persidanga­n MPS, pagi Selasa.

Beliau buat pengumuman berita gembira kepada penduduk Sandakan berhubung kadar letak kereta yang dianggap tinggi sebelum ini oleh pengguna kenderaan di bandar ini.

Katanya pengumuman itu dibuat selepas Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Karamuntin­g George Hiew memberitah­unya berhubung perkara berkenaan.

Beliau memberitah­u pihaknya akan mempercepa­tkan perkara itu agar dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Peter yang merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menjadi Ahli Majlis Perbandara­n Sandakan pada 1987, merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Negeri Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan semua wakil rakyat atas keyakinan dan kepercayaa­n yang diberikan kepadanya untuk dilantik sebagai presiden MPS.

 ??  ?? TIMBALAN Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain (kiri) mewakili Datuk James Wong menyerahka­n tugas presiden MPS kepada Peter.
TIMBALAN Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain (kiri) mewakili Datuk James Wong menyerahka­n tugas presiden MPS kepada Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia