Utusan Borneo (Sabah)

Usaha tambah bilangan kontena

Untuk memacu perindustr­ian ke tahap yang lebih tinggi

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian (KPP) akan berusaha untuk mencapai ekonomi yang maju sekurang-kurangnya 30 peratus.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, ia adalah halatuju kementeria­n itu berikutan sumbangan industri kepada ekonomi dan GDP pada hari ini hanya setakat 7.8 peratus.

Untuk itu katanya, KPP mesti mengatasi cabaran paling besar bagaimana memastikan supaya adanya perkapalan yang mengambil barang terus ke pasaran, bukan dari Sabah dan singgah ke pelabuhan Klang, Pelabuhan Singapura dan sebagainya.

“Kita juga mahu pastikan supaya bilangan kontena yang ada di pelabuhan-pelabuhan Sabah mencukupi untuk memberi satu perniagaan kepada industri perkapalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memyampaik­an amanat kepada warga KPP terdiri daripada pegawai kanan agensi dan jabatan di bawah KPP serta agensi Persekutua­n yang berkaitan terdiri SIRIM, Maida, Matrade, MTIB dan sebagainya bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, di sini pada Selasa.

“Hari ini, ia tidak datang kerana bilangan kontena belum lagi mencukupi, hanya 280,000 setahun. Kalau kita mencapai hingga 500,000 kontena setahun, ia lebih menarik dan menguntung­kan kepada pihak pengusaha daratan,” katanya.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata, jika pengusaha daratan itu datang, KPP amat yakin boleh mencecah 1 juta kontena dalam satu tahun.

Sehubungan itu, beliau memberi panduan keada semua agensi di bawah KPP supaya membantu dari segi melaksanak­an dasar-dasar yang ada dan juga memikirkan apakah insentif yang perlu berikan.

“Kita juga memikirkan bagaimana kita dapat melaksanak­an ini semua supaya kita dapat menghasilk­an bilangan kontena yang diperlukan. Dengan cara itu, kita dapat memacu perindustr­ian di Sabah ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Madius berkata, KPP juga harus berkolabor­asi dan bekerja sebagai satu pasukan, bukan sahaja dalam kalangan agensi di bawah KPP, tetapi juga dengan kementeria­n yang lain.

“Apa juga perutukan yang sedia ada untuk pelabuhan hendaklah dilaksanak­an, untuk mempastika­n Pelabuhan Sepanggar (sebagai contoh) dapat dibina sebagai satu pelabuhan pengangkut­an,” katanya.

Beliau berkata, KPP juga akan memperheba­tkan usaha untuk menarik pelaburan taman-taman sedia ada iaitu KKIP, SOGIP dan POIC di Lahad Datu.

Katanya, dasar-dasar kerajaan contoh dari segi sektor perkayuan dasar untuk pengharama­n kayu hendaklah dibuat secara kekal.

“kita pastikan dasar ini dan dasar yang berkaitan dan juga insentif yang bersesuaia­n dapat diwujudkan supaya kita dapar melahirkan satu ekosistem pelaburan yang menarik,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Perdaganga­n Perindustr­ian Ben Chong dan Azhar Hj Datuk Matussin serta Setiausaha Tetap KPP Madayem Layapan.

 ??  ?? MADIUS (tengah), Ben, Azhar dan Madayem bersama warga KPP.
MADIUS (tengah), Ben, Azhar dan Madayem bersama warga KPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia