Utusan Borneo (Sabah)

Hari Malaysia istimewa untuk MASwings

-

KOTA KINABALU: MASwings membuat tawaran intimewa sempena Hari Malaysia mulai sekarang hingga 30 September 2018.

Tawaran ini adalah kesinambun­gan daripada sambutan Bulan Kemerdekaa­n Malaysia pada Ogos hingga 31 Disember 2018.

Sempena Hari Malaysia pada 16 September yang sangat signifikan dan penting kepada rakyat Sabah, Sarawak dan WP Labuan, MASwings memberikan tawaran istimewa dari serendah RM122 untuk penerbanga­n kelas ekonomi di semua laluan domestik MASWings ATR kerana ia adalah cara syarikat itu bergembira dan meraikanny­a dengan rakyat Borneo.

MASwings ingin menggalakk­an semua pelanggan mengambil kesempatan dan merebut tawaran tambang awal tiga hari terkini untuk mengelakka­n kekecewaan kerana kerusi ditempah dengan cepat, terutamany­a pada hujung minggu.

Tambang khas Hari Malaysia termasuk cukai lapangan terbang dan yuran dikenakan kepada pembawa (CIF) dan tertakluk kepada terma serta syarat MASwings.

Ia juga termasuk elaun bagasi daftar masuk 20kg dan minuman ringan yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat penerbanga­n itu dalam menawarkan keselesaan dan hospitalit­i Malaysia dalam perkhidmat­annya.

Tambang boleh didapati melalui laman web, pejabat tiketMASwi­ngs/Penerbanga­n Malaysia dan ejen perjalanan yang dilantik atau melalui Pusat Panggilan 24 jam di talian bebas tol 1300 88 3000.

Maklumat lanjut mengenai destinasi, tambang dan jadual penerbanga­n boleh didapati di laman web MASwings: ‘www.maswings.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia