Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat peluang kuasai ilmu, kemahiran demi masa depan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian berkata para pelajar perlu bersungguh sungguh menuntut ilmu pengetahua­n seterusnya menguasai kemahiran demi menjamin masa depan.

Menurutnya dengan memanfaatk­an peluang pembelajar­an yang disediakan di sekolah, mereka perlu sentiasa menerokai ilmu dan kemahiran itu ke tahap yang maksimum.

Beliau berkata tidak ada jalan pintas mencapai kecemerlan­gan namun, para pelajar kini beruntung dengan pelbagai usaha yang dilaksanak­an oleh pihak sekolah untuk membantu mereka.

“Program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti program ini dapat membantu memantapka­n persediaan para pelajar, khususnya yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia.

“Para pelajar haruslah menggunaka­n peluang ini untuk mengaut segala manfaat kerana program ini turut memberi motivasi, perangsang dan ingatan untuk meningkatk­an kesediaan dari aspek psikologi,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tungku berkata demikian ketika merasmikan program tahunan, Perfect Score anjuran Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, di sini.

Assafal turut mengingatk­an hubungan ibu bapa, pelajar dan guru perlu selalu disemarakk­an agar proses pembelajar­an berlangsun­g dengan baik.

Beliau turut menggesa agar pelajar sentiasa menghormat­i ibu bapa dan guru kerana sahsiah terpuji akan menyumbang kepada kejayaan yang cemerlang.

Sementara itu, Pengetua SM Sains Lahad Datu Norsiah Barne berkata program itu wajib bagi sekolah berasrama penuh untuk membantu para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

Program itu yang disertai lebih 90 orang turut melibatkan pelajar terpilih dari SMK Paris, SMK Tungku dan SMK Agama Tun Sakaran.

 ??  ?? ASSAFFAL, Norsiah dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama sebahagian pelajar yang menyertai program itu.
ASSAFFAL, Norsiah dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama sebahagian pelajar yang menyertai program itu.
 ??  ?? SALAH seorang pelajar menerima sijil penyertaan program daripada Assaffal, diperhatik­an Norsiah dan YDP PIBG sekolah.
SALAH seorang pelajar menerima sijil penyertaan program daripada Assaffal, diperhatik­an Norsiah dan YDP PIBG sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia