Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2019: CUEPACS mohon kaji semula kenaikan gaji penjawat awam

-

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda berkata ini kerana majoriti penjawat awam di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor dan Selangor menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan membebanka­n mereka.

“Kerajaan wajar memberi keutamaan terhadap kebajikan penjawat awam yang banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan negara,” katanya kepada pemberita selepas kunjung hormat ke atas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan tidak terikat dengan KGT yang dijanjikan pentadbira­n terdahulu walaupun melihat KGT secara positif sama ada penjawat awam berhak diberi elaun tambahan atau bantuan dalam bentuk lain.

Dr Mahathir juga mengumumka­n peruntukan Bajet 2019 lebih kecil berbanding sebelum ini termasuk memotong bantuan sara hidup berperingk­at-peringkat kerana ekonomi negara tidak memberangs­angkan.

Azih berkata Bajet 2019 nanti tidak harus mengenepik­an hak penjawat awam.

Beliau beerharap kerajaan mengkaji harga rumah khususnya untuk penjawat awam sebagai insentif serta membantu mengekang kenaikan harga rumah yang terlalu tinggi agar mereka mampu memiliki rumah sendiri sebelum bersara. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia