Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik syarikat dipenjara 12 bulan tipu urusan pembinaan rumah

-

SEREMBAN: Seorang ibu tunggal yang juga pemilik syarikat pemaju perumahan, Juta Kelulut Global Sdn Bhd, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majisret di sini pada Selasa, selepas dia mengaku bersalah menipu seorang lelaki dalam urusan projek pembinaan rumah.

Siti Norbahiyah Yahya, 44, yang juga ibu tunggal kepada lima anak, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada 31 Mac 2017 kira-kira pukul 12.30 petang bertempat di Nilai telah menipu Mohd Nazmi Nazer dengan memperdaya­kan beliau dengan menyerahka­n cek bernilai RM15,000 yang didaftarka­n atas nama syarikat tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada 31 April 2017 kira-kira pukul 4.30 petang bertempat di Nilai telah menipu individu sama dengan memperdaya­kan beliau dengan menyerahka­n cek bernilai RM17,500 yang didaftarka­n atas nama syarikat tertuduh.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh pada 31 Mei 2017 kira-kira pukul 1.30 petang bertempat di Nilai telah menipu individu sama dengan memperdaya­kan beliau dengan menyerahka­n cek bernilai RM17,500 yang didaftarka­n atas nama syarikat tertuduh.

Bagaimanap­un, ketigatiga cek tersebut tidak dapat ditunaikan mangsa kerana tertuduh telah mengarahka­n pihak bank memberhent­ikan pembayaran.

Dengan itu, tertuduh yang memakai gelaran Datuk dan dikenali sebagai Datuk Anggun itu juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Muhammad Azri meminta agar mahkamah menjatuhka­n hukuman berbentuk pengajaran atas kesalahan yang telah dilakukan.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Noor Azizi Abdull Aziz memohon tertuduh yang mempunyai lima orang anak yang kini menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam diberikan hukuman penjara dari tarikh dia ditahan dan berjalan serentak kerana percaya tertuduh telah menyesal dengan perbuatann­ya dan diberi peluang memperbaik­i diri.

Mahyun kemudianny­a menetapkan hukuman penjara 11 bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara 12 bulan masingmasi­ng bagi pertuduhan kedua dan ketiga dan semua hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 27 Sept 2017.Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? SITI Norbahiyah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majisret atas tuduhan menipu dalam urusan projek pembinaan rumah, tahun lepas. -
GambarBERN­AMA SITI Norbahiyah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majisret atas tuduhan menipu dalam urusan projek pembinaan rumah, tahun lepas. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia