Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah mengaku tidak bersalah miliki dan guna dadah

- - Oleh SADDAM EDRIS

KOTAKINABA­LU: Seorang suri rumah dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini dengan dua tuduhan iaitu memiliki dan menggunaka­n dadah berbahaya.

Nelda Suiking, 36, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus ketika pertuduhan dibacakan keatasnya.

Pertuduhan pertama, Nelda didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine seberat 5.42 gram pada 29 Ogos jam 10.30 pagi di tempat letak kenderaan Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39 (1) Akta sama.

Jika sabit bersalah, penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebatan tidak tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunaka­n dua jenis dadah iaitu Amphethami­ne dan Methamphet­amine pada tarikh sama, jam 11.30 pagi di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 Akta yang sama.

Hukuman denda tidak lebih dari RM5,000 atau dikenakan penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan bersalah direkodkan dari tertuduh kerana keputusan kimia belum siap dan Majistret Cindy menetapkan 16 Oktober untuk sebutan semula kes.

Tertuduh juga dibenarkan dibebas dengan jaminan RM3,000 berserta dua penjamin tempatan dan deposit dibayar sebanyak RM2,500 kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basirin, manakala tertuduh diwakili peguam Amli Nohin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia