Utusan Borneo (Sabah)

Putatan bakal miliki hospital

Untuk tampung keperluan lebih ramai pesakit

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN (dua kiri) menyerahka­n bendera kepada wakil jabatan pada majlis itu. Turut kelihatan Awang Husaini (tengah).

PUTATAN: Daerah ini bakal memiliki sebuah hospital yang lengkap bagi menampung keperluan bukan sahaja masyarakat setempat malah pesakit dari daerah berdekatan.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas Uda Sulai berkata, kawasan untuk tapak pembinaan hospital berkenaan sudah dikenal pasti.

“Kerajaan sedia maklum mengenai keperluan sebuah hospital yang lengkap di daerah ini memandangk­an kawasan klinik kesihatan di sini tidak lagi dapat dibesarkan.

“Tempat yang sesuai dan besar terutama untuk kawasan parkir amat diperlukan bagi menangani masalah kesesakan laluan sebagaiman­a di Klinik Kesihatan Putatan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Daerah Putatan, di sini pada Selasa.

Uda berkata, pihaknya akan cuba menyelesai­kan isu berkenaan secepat yang boleh memandangk­an ia bergantung kepada peruntukan yang disediakan kerajaan.

Selain itu katanya, penambahba­ikan infrastruk­tur di daerah ini semakin digiatkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, Putatan mempunyai potensi tinggi dalam sektor pelanconga­n. Justeru, aspek kebersihan antara fokus utama yang diberi perhatian kerajaan.

“Kita juga menjalin kerjasama dengan beberapa pihak seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam mencari pendekatan terbaik bagi memastikan tahap kebersihan Sungai Putatan sentiasa terjaga.

“Majlis daerah memainkan peranan penting dalam memastikan usaha-usaha pembersiha­n sentiasa dijalankan agar tahap kebersihan dapat ditingkatk­an lagi,” jelasnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Ag Sahari dan Pegawai Daerah Putatan Ag Abd Ghani Pg Yusoff.

“Kerajaan sedia maklum mengenai keperluan sebuah hospital yang lengkap di daerah ini memandangk­an kawasan klinik kesihatan di sini tidak lagi dapat dibesarkan. UDA SULAI

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri

 ??  ?? UDA
UDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia