Utusan Borneo (Sabah)

Semangat ukhuwah perlu dijadikan budaya masyarakat

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA BELUD: Semangat ukhuwah dan perpaduan perlu dijadikan budaya di dalam masyarakat, sekiranya ingin berubah kepada yang lebih baik dan dipandang tinggi.

Ketua Cabang Parti Warisan Sabah Kota Belud Hanjan Samit berkata, belia di sesuatu kawasan perlu menjadi pemangkin dalam mengadakan program yang lebih bermanfaat, yang akhirnya mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat sekeliling.

Menurutnya, oleh kerana dewasa ini fenomena langit terbuka turut membawa sama gejala negatif selain keterbukaa­n maklumat, belia perlu mengambil peranan untuk meluruskan keadaan dengan cara menganjurk­an program-program keagamaan.

“Masyarakat di sini amat beruntung kerana para belia di sini menyedari situasi ini, dengan menganjurk­an program keagamaan yang dilihat melibatkan penduduk di beberapa kampung sekitar sini secara langsung.

“Jikalau golongan belia bagi sesuatu masyarakat mengutamak­an program agama dan tarbiah ke arah kebaikan, percayalah bahawa modal insan yang lahir daripada masyarakat ialah mereka yang terdiri daripada orang yang bermutu dan berintegri­ti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissa­h Munirah Majilis bagi merasmikan penutupan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Tertutup Kota Belud di Dewan SK Tamau, pada Ahad.

Turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Angkatan Pewaris Sabah (Perwasa) Mohd Syaiful Hishyam, Pengerusi Penganjur Mohd Shahrul Lumba dan Penasihat Program yang juga Guru Besar SK Tamau Ramlee Daud.

Hanjan berkata, program Tilawah al-Quran menjadi ‘trademark’ Malaysia sehingga ke peringkat antarabang­sa yang akhirnya menjadikan negara di pandang tinggi sebagai sebuah negara Islam contoh di seluruh dunia.

“Kekuatan negara bergantung kepada golongan belia yang sudah pasti akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Program sebegini benar-benar mendatangk­an impak positif dalam kehidupan masyarakat kita yang berbilang ideologi.

“Rapatkan saf bagi mempertaha­nkan kesucian Islam daripada diganggu-gugat oleh pihak berkepenti­ngan. Jadikan al-Quran sebagai panduan hidup kita, bagi mencapai apa yang kita hasratkan sebagai ‘Malaysia Baharu’,” katanya.

Dalam program berkenaan, Qari dimenangi oleh Asik Mastari dari Kampung Tamau; Qariah digondol oleh Norhidayah Datu Moksan mewakili Kampung Tamau; dan Hafazan dimenangi oleh Ain Fatihah Farid yang mewakili Kg Kesapang.

 ??  ?? HANJAN menyampaik­an sijil dan hadiah kepada Asik.
HANJAN menyampaik­an sijil dan hadiah kepada Asik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia