Utusan Borneo (Sabah)

Isteri CEO Cradle Fund, bekas suami direman

-

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan dan bekas suaminya direman tujuh hari mulai Selasa bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata wanita berumur 43 tahun itu ditahan di Taman Tun Dr Ismail dekat sini pada kira-kira 2.15 pagi Selasa.

“Isteri arwah ditahan selepas tangkapan pertama dibuat ke atas seorang lelaki berumur 43 tahun yang juga bekas suaminya. Lelaki itu ditahan di Sepang pada 1 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Selasa.

Beliau berkata perintah reman ke atas kedua-dua individu itu dikeluarka­n Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Pada 15 Ogos lepas, akhbar tempatan melaporkan wanita itu membidas badan penyiasat yang didakwa tidak telus dalam menjalanka­n siasatan kes kematian suaminya serta menuduh Jabatan Bom badan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes tersebut.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid pada 16 Ogos dilaporkan berkata pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n dan penyiasata­n kes itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

JBPM terutama pasukan forensik dan penyiasata­n yang menjalanka­n siasatan kes itu secara terperinci kemudian menyerahka­n laporan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a kerana hasil siasatan menunjukka­n terdapat unsur jenayah.

Mohammad Hamdan juga dilaporkan berkata keputusan diumumkan berdasarka­n hasil siasatan, namun JBPM tidak boleh mengeluark­an sebarang kenyataan mengenai laporan siasatan berhubung kes itu kepada keluarga mangsa atau orang ramai kerana telah menyerahka­nnya kepada polis dan dikhuatiri akan menjejaska­n siasatan.

Pada 14 Jun lepas, Nazrin dilapor meninggal dunia akibat terhidu asap selepas kebakaran akibat telefon bimbitnya yang sedang dicas meletup di tingkat atas kediamanny­a di Mutiara Damansara, Selangor.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia