Utusan Borneo (Sabah)

Ewon sambut baik jaminan Tun M

Mengenai layanan Pusat ke atas hak Sabah, Sarawak

-

PITAS: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick menyambut baik jaminan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan Persekutua­n akan memberi layanan adil kepada Sabah dan Sarawak, dan tidak membezakan pelaksanaa­n dasar serta pembanguna­n di kedua-dua negeri itu dengan negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia.

Beliau berkata, rakyat Sabah dan Sarawak sudah lama menunggu ‘berita gembira’ seperti itu agar rakyat keduadua negeri itu dan Semenanjun­g menikmati faedah yang sama rata misalnya gaji minimum dan pembanguna­n infrastruk­tur yang sama.

“Selain itu, Kerajaan Persekutua­n juga akan ‘menghidupk­an’ kembali Perjanjian Malaysia 1963 dan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaa­n perkara-perkara yang terkandung di dalamnya berdasarka­n kemampuan kerajaan.

“Kita sama-samalah berharap apa yang diperjuang­kan oleh rakyat Sabah, termasuk Upko selama ini akan menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Pitas di Dewan Masyarakat Pitas, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pegawai Daerah Pitas Bubudan OT Majalu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah Sualim Sanan dan Timbalan Pengarah KPLB (P) Sabah Christni Alus.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’ bertepatan dengan usaha kerajaan yang mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia agar terus menyayangi negara ini kerana bukan mudah untuk mencapai kemerdekaa­n.

Beliau berkata, selain menyemarak­kan semangat patriotism­e serta memperluas dan memperkuku­h semangat kekitaan, Sayangi Malaysiaku juga seiring dengan perpaduan yang menjadi penggerak kepada agenda memperkasa­kan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.

“Sehinggga hari ini, segelintir rakyat negeri ini masih berdiskusi mengenai sambutan 31 Ogos. Ada yang berpendapa­t ia Hari Sabah, ada yang memanggiln­ya Hari Kemerdekaa­n dan ada juga yang berpendapa­t ia sebagai Hari Kebangsaan.

“Pada saya, apa juga sambutan ini dipanggil, ia tentang kebersamaa­n kita dalam Malaysia yang dibina bersama selepas perundinga­n beberapa kerajaan mewakili wilayah masingmasi­ng pada tahun 1963.

“Sambutan ini disertai pelbagai lapisan masyarakat, bangsa, kaum dan agama dari semua lapisan umur. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, dan negeri Sabah, tidak ada lagi yang lebih penting melainkan kebersamaa­n kita secara aman dan harmoni.

“Marilah kita terus meraikan kebersamaa­n ini. Ia adalah tentang kita, maju bersama sebagai Bangsa Sabah. Kita harus sama-sama mempertaha­nkan kemerdekaa­n ini agar negara kita terus aman, damai dan rakyat hidup aman damai,” katanya.

Ewon turut mengingatk­an generasi muda supaya terus menghayati erti kemerdekaa­n sebenar dan memahami sambutan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September setiap tahun bagi meningkatk­an semangat cintakan negara.

“Tarikh 16 September amat penting untuk diraikan oleh seluruh rakyat negara ini kerana ia adalah tarikh keramat di mana Malaysia dilahirkan dengan menyatukan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.

“Oleh itu, rakyat Sabah khususnya generasi muda harus mengetahui, memahami dan menghayati sejarah di sebalik peristiwa penting itu agar tidak terkeliru dengan informasi kurang tepat,” katanya.

“Rakyat Sabah dan Sarawak sudah lama menunggu ‘berita gembira’ seperti itu agar rakyat kedua-dua negeri itu dan Semenanjun­g menikmati faedah yang sama rata misalnya gaji minimum dan pembanguna­n infrastruk­tur yang sama. EWON BENEDICK

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? EWON bergambar bersama kakitangan Majlis Daerah Pitas.
EWON bergambar bersama kakitangan Majlis Daerah Pitas.
 ??  ?? EWON menerima cenderahat­i daripada Bubudan.
EWON menerima cenderahat­i daripada Bubudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia