Utusan Borneo (Sabah)

Lapan anugerah pelbagai bidang untuk tokoh wanita Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan anugerah wanita dari pelbagai bidang akan diberikan sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri 2018 pada 7 September ini.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norzalinah Arif berkata, anugerah-anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada perjuangan dan penglibata­n wanita di sini dalam pelbagai bidang pembanguna­n di negeri ini.

“Sambutan ini juga bertujuan memberikan galakan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai penglibata­n wanita dalam pelbagai bidang iaitu ekonomi, politik dan sosial sama ada di bandar atau luar bandar.

“Kita bertuah dapat hidup dalam keadaan aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Wanita di negeri ini sangat menyokong seruan kerajaan dan sering bekerjasam­a dalam satu pasukan sama ada melalui badan bukan kerajaan atau badan berkanun,” katanya pada sidang media sempena Hari Wanita Peringkat Negeri 2018, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pelbagai program akan diisi sempena sambutan itu tahun ini. Antaranya adalah Program Pembanguna­n Ibu Tunggal, Program Wanita Sihat Sabah, Program Kesedaran Perkahwina­n KanakKanak, Program Pembanguna­n Gender, Seminar Hak-hak Wanita dalam Perundanga­n Sivil, Syariah dan Adat serta banyak lagi.

Norzalinah berkata, persidanga­n berkaitan gender pada 6 September ini dijangka akan disertai kira-kira 350 orang.

“Saya berharap wanita di negeri ini akan diberi peluang dan ruang untuk menduduki kerusi-kerusi pembuat keputusan dalam pelbagai bidang.

“Jika kepercayaa­n diberikan kepada wanita, saya yakin semua golongan wanita di negeri ini akan terus gigih berusaha demi meneruskan kecemerlan­gan dan merealisas­ikan kejayaan wanita Sabah,” katanya.

Menurutnya, sambutan itu nanti dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah Datuk Dr Hajah Tarsiah TZ Taman serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah Hajah Masnah Mat Salleh.

 ??  ?? NORZALINAH (dua kanan), Tarsiah (dua kiri) dan Masnah (kanan) ketika sidang media pada Isnin.
NORZALINAH (dua kanan), Tarsiah (dua kiri) dan Masnah (kanan) ketika sidang media pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia