Utusan Borneo (Sabah)

Warga SK Sungai Lada bangga jadi sekolah angkat ASB

-

LABUAN: Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Lada bangga menjadi sekolah angkat Asian Supply Base (ASB) Sdn Bhd.

Majlis menandatan­gani dokumen Perwatikah­an Sekolah Angkat itu telah diadakan di dewan sekolah berkenaan.

Pada majlis itu, ASB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Harris Annuar Tan, manakala Guru Besar Maidan Dali @Sumardi Yusoff mewakili SK Sungai Lada.

Turut menyaksika­n majlis itu ialah Ketua Pegawai Kewangan ASB Virgil Koh dan ahli jawatankua­sa PIBG serta warga pendidik sekolah berkenaan.

Harris dalam ucapannya berkata, ASB menyambut baik usaha dan seterusnya menerima permohonan SK Sungai Lada untuk menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat ASB.

Katanya, kesungguha­n SK Sungai Lada memilih ASB membuktika­n syarikat itu bukan sahaja dapat membantu meningkatk­an ekonomi Labuan tetapi juga membantu pihak kerajaan melahirkan modal insan melalui program sekolah angkat seperti yang dilakukan oleh sekolah itu.

“Selain dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara kakitangan ASB dan warga sekolah, ia juga secara tidak langsung membolehka­n ASB menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada komuniti Labuan, khususnya komuniti SK Sungai Lada.

Sementara itu, Maidan mengucapka­n terima kasih kepada ASB kerana menerima SK Sungai Lada sebagai sekolah angkat syarikat itu.

Katanya, program sekolah angkat itu amat bertepatan dengan dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025, anjakan ke-9 untuk menjalinka­n kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

“Kerjasama berterusan yang dijalinkan antara ASB Sdn Bhd dengan SK Sungai Lada adalah untuk mencapai kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m di samping memastikan kejayaan murid dan komuniti secara keseluruha­nnya,” katanya.

 ??  ?? HARRIS (dua kanan) bersama Maidan menandatan­gani watikah Sekolah Angkat SK Sungai Lada dengan ASB.
HARRIS (dua kanan) bersama Maidan menandatan­gani watikah Sekolah Angkat SK Sungai Lada dengan ASB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia